Ibadah

Doa Untuk Menghilangkan Rasa Putus Asa

Oleh Fizah Lee  •  19 Nov 2019  •  2 min baca

Kehidupan ini tidak pernah lari daripada ujian dan musibah. Setiap makhluk di dunia ini bukan hidup untuk bersenang-lenang tetapi adalah untuk diuji.

Allah sendiri telah berfirman bahawa – “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” (Surah Al-Ankabut, 29:2)

Pasti setiap kali diuji, kita akan merasa lemah, tidak tenang sehinggakan pada satu tahap, kia sudah hampir ke arah putus asa.

Pada saat ini, kita akan mencari seseorang yang dirasakan mampu memberi kekuatan dan semangat kepada diri sendiri.

Namun, perasan atau tidak, ia hanyalah semangat yang seketika. Selepas itu, kita akan kembali merasa lemah dan mula mencari sesuatu yang dirasakan mampu memberikan kekuatan kepada diri.

Hakikatnya, kita lupa bahawa hanya Allah yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan hati kepada diri kerana hanya Allah yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu.

Antara tips jika anda sedang berada dalam situasi ini, bersandarlah pada Tuhan. Ia tidak bermaksud salah untuk mencari manusia, namun jangan meletakkan sepenuh pengharapan kepada mereka kerana manusia juga hamba yang tidak lari dari ujian.

Ujian itu datangnya dari Allah dan setiap rasa serta solusi kepada masalah itu juga ada padaNya. Selain daripada solat, anda juga boleh mengamalkan sebuah doa yang mampu memberikan semangat baru dalam diri anda.

Doa ini boleh dibaca setiap kali merasa sedih dan putus asa atau selepas solat bagi menambah kekuatan buat anda menghadapi hari-hari yang mendatang.

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ ۚ وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Mafhum: “(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya.” (Surah Ghafir, 40:44)

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Perkongsian yang disampaikan oleh Ustazah Asma Harun


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami