Inspirasi

Doa Supaya Mampu Membezakan Antara Kebenaran Dan Kebatilan

Oleh Natirah Azira  •  28 Aug 2020  •  2 min baca

Antara tanda-tanda akhir zaman adalah berleluasanya fitnah dalam kalangan masyarakat. Ia bukan hanya omong kosong apabila buktinya sudah mampu kita lihat pada masa sekarang.

Berita tersebar terlalu cepat di media sosial, orang mengambil info secara separuh-separuh sahaja, saling membuka keaiban, kata-mengata sehingga akhirnya kita sebagai pembaca dan pendengar sudah terkeliru dan mungkin tidak lagi mampu membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Hasilnya, ada kelompok yang mempertahankan kesalahan namun dilihat sebagai kebenaran dan sebelah pihak lagi mempertahankan hal yang benar tetapi dilihat sebagai perkara yang salah.

Inilah ujian yang sedang menimpa masyarakat hari ini lebih-lebih lagi umat Islam. Tidak dapat tidak, sebagai seorang Muslim, kita tetap perlu berpegang kepada agama sebagai tapak dan landasan dalam berpendapat. Ada garisan dan prinsip yang tidak boleh dilangkau meskipun kita meraikan pendapat dan pandangan orang.

Contohnya dalam isu LGBT, sekalipun kewujudan kelompok LGBT ada, dan kita tidak bermusuh dengan mereka dan menjaga hak-hak mereka sebagai seorang manusia, namun sebagai seorang Islam kita tetap tidak menerima amalan LGBT ini.

Kerana itu, selain daripada mengamalkan adab yang elok saat menjadi pengguna media sosial – bagi mengurangkan fitnah tersebar, kita juga disarankan untuk memanjatkan doa kepada Allah supaya sentiasa diberi kemampuan untuk membezakan antara benar dan salah.

اَللَّهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا إتِّبَاعَه وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اِجْتِنَابَه

Maksudnya: “Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikan kami untuk mengikutinya. Ya Allah tunjukkanlah kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikan kepada kami untuk menjauhinya.

Menurut sebahagian ulama, doa di atas berasal daripada Saidina Umar dan dikatakan bahawa Imam Nawawi kerap menyebut dalam kitabnya al-Azkar.

Ia doa yang sangat baik dan sesuai diamalkan pada masa sekarang ketika kita menempuh cabaran-cabaran yang ada. Fikiran dan minda dapat mengelirukan kita, namun hidayah Allah sahaja yang mampu membawa kita menempuh kehidupan ini dengan selamat sehingga ke akhirat.

Semoga hati dan mata kita tidak dikelabui fitnah sehingga tidak mampu membezakan benar dan salah. Semoga Tuhan menjaga kita semua.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami