Oleh Natirah Azira • 11 Jun 2020 • 3 min baca
Kehidupan kita di dunia perlu ada peningkatan, baik dalam urusan pekerjaan, pergaulan, urusan kekeluargaan dan rumah tangga, pendidikan dan tidak ketinggalan juga urusan agama. Sebagai seorang muslim, kita sentiasa perlu menambah baik amalan sehari-hari.
Salah satunya adalah sentiasa memohon doa kepada Allah agar dikurniakan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat. Berikut antara doa yang yang menjadi amalan Rasulullah SAW dalam kehidupan baginda.
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan daripada kalimah-kalimahMu yang sempurna daripada sebarang kejahatan yang diciptakan.”
Bagi mereka yang melazimi bacaan Mathurat pasti biasa menemui doa ini saat memulakan bacaan. Doa ini bersumber daripada hadis yang sahih yang menyebut bahawa sesiapa yang tiba di suatu tempat kemudian membaca doa tersebut, maka dia tidak akan ditimpa mudarat sehingga dia keluar dari tempat tersebut.
Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka boleh meminta daripada mana-mana nama Allah yang sempurna.
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu pun dengan namaNya sama ada di bumi atau di langit. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Kelebihan doa ini ada disebut oleh Uthman bin Affan dalam hadis yang didengari daripada Nabi SAW. Iaitu seseorang yang membacanya tiga kali pada waktu pagi, tidak akan ditimpa kesusahan bala sehingga waktu petang. Manakala jika dibaca tiga kali pada waktu malam, ia akan dilindungi daripada bala kesusahan sehingga waktu pagi.
Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon perlindunganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.” (Riwayat Abu Daud, no.1554, Riwayat al-Nasa’ie, no.5493 dan Riwayat Ahmad, no.13004)
Penyakit-penyakit yang buruk adalah apa sahaja penyakit yang berbahaya seperti kanser, wabak, dan lain-lain.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon padaMu keampunan dan ‘afiah.”
Ibn Umar berkata bahawa Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa ini pada waktu pagi dan petang. Manakala bagi versi yang lebih panjang ialah;
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) di dunia dan akhirat. Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiah) pada agamaku, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah! Tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di dalam hatiku. Ya Allah! Jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku, serta aku memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar (dalam keadaan tidak sedar) dari bawahku.” (Riwayat Ahmad, no.4785, Abu Daud, no.5074 dan Ibn Majah, no.3871)
Inilah antara doa yang diamalkan oleh baginda sendiri. Indah bukan jika kita dapat mengamalkan doa yang turut disebut oleh baginda. Itulah sebaik-baik doa dan juga sebaik-baik amalan yang dapat dicontohi.
Sumber:
1. Doa Siri 1
2. Doa Siri 2
3. Doa Siri 3
4. Doa Siri 4
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.