Wanita

Dear Muslimah, Lower Your Gaze!

Oleh Rasyidah Rahmat  •  27 Oct 2018  •  4 min baca

“Alah, tak pakai tudung pun ada je yang baik”

Seringkali kita mendengar kata-kata seseorang yang berbunyi begini, menafikan kewajipan yang sudah tertulis dengan memberi alasan bahawa ukuran baik seseorang bukanlah terletak pada pemakaian menutup aurat. Atau ada juga yang berbisik;

“Pakai tudung tapi keluar berdua dengan lelaki. Pakai je tudung labuh tapi nak sembunyi perut.”

Astaghfirullahal‘azim. Seandainya pakaian menjadi kayu ukur kebaikan seseorang sudah pasti diri saya yang menulis artikel ini juga tidak baik.

Sebab apa? Kita semua adalah pendosa. Seringkali melakukan kesilapan dan sering pula lalai untuk memohon keampunan.

Baik atau tidak seseorang bukanlah diukur dengan menutup aurat semata. Tetapi pandang ke arah sudut yang lebih halus.

Aurat kita termasuklah mata, tangan, kaki, syahwat dan hati kita. Ibaratnya seperti menutup tetapi hakikatnya terbuka. Kita menutup aurat bukan sekadar memakai pakaian yang longgar, bertudung, dan sebagainya.

Tetapi menutup aurat termasuklah juga menjaga pandangan mata, menjaga bicara kata, menjaga syahwat diri, menjaga langkah kaki ke mana arah tuju dan menjaga hati kita dari berbisik kata-kata yang mazmumah (tidak baik).

Tertutup Tetapi Terbuka

Buka sahaja laman sosial, maka terpampanglah segala gambar dan gaya wanita muslim yang ber‘posing’ sana sini.

Bukan cuba untuk menyekat tetapi perlunya ada kesedaran bahawa setiap apa yang kita paparkan di media sosial hampir sahaja kepada perkara yang boleh memudaratkan.

Saya berharap agar wanita muslimah di luar sana tidak kira dari pelbagai peringkat usia sekalipun berhati-hatilah dalam memaparkan gambar di mana-mana media sosial, semoga Allah melindungi maruah kita dan niat kita jelas dalam apa jua perkara.

Yang pakai tudung, pakailah betul-betul ikut syariat. Jangan pula digayakan sehingga keluar dari landasan syarak.

Yang mengenakan purdah, jagalah niat memakainya supaya tidak timbulnya fitnah. Yang memakai tudung labuh, cermin diri lihat matlamat hati. Jangan sampai hilang kehormatan diri.

Yang bergelar Muslimah, pesan pada diri sungguh-sungguh. Menutup aurat itu bukan hanya menutup anggota tubuh badan kita.

Tetapi, jagalah pandangan mata, hati-hati dalam berbicara, awasi langkah kaki agar sentiasa berjaga-jaga, pegang erat tangan agar tidak buat perkara yang bukan-bukan.

Islam sangat mengagungkan wanita pada kedudukan yang tinggi, jangan pula kita sengaja menjatuhkan diri kita ke tempat yang keji.

Berjuta kes rogol terhadap wanita di negara-negara luar sana. Maka, jika kita mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku maka jagalah diri kita sebaiknya.

Malu Itu Perisai Muslimah

Isu malunya seorang wanita? Saya tidak menafikan fitrah kita sebagai wanita adalah ingin dilihat cantik, ingin menjadi perhatian orang, ingin melakukan apa sahaja yang membuatkan diri kita dihargai dan dikagumi oleh orang lain.

Namun begitu, sinonimnya wanita adalah dengan sifat malu yang menjadi perisai diri agar tidak mudah didekati. Bukan untuk menjadi golongan terkebelakang tetapi untuk menjadi golongan yang lebih dihormati dan diraikan.

Malu yang terhormat adalah apabila seorang wanita itu malu untuk membuat perilaku yang membuatkan ajnabi terpesona (kecuali kepada suaminya).

Malu untuk bergosip tentang perkara yang mendatangkan dosa, malu memandang lelaki bukan mahram tanpa keperluan, malu obses kepada artis dan selebriti pujaan, malu untukmelakukan dosa terhadap Allah yang telah menciptakan kita dengan sebaiknya.

Ya, malu untuk melakukan dosa! Formulanya mudah tetapi praktikalnya payah, kerana malu itu berkait dengan iman. Ya, iman.

Iman

Duhai muslimah, Allah Maha Baik dengan kita. DIA sering menegur kita dengan sangat lemah lembut. Selalu kita merasakan bahawa sesuatu yang kita lakukan akan memberi reaksi pada hati kita. Oh, sebenarnya iman kita yang berinteraksi!

Selagi mana ada rasa takut apabila kita melakukan sesuatu dosa maka masih ada cahaya iman di hati kita. Dalam sebuah hadis, dari Anas Bin Malik dari Nabi S.A.W, baginda S.A.W bersabda;

“Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah SWT. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci apabila dilempar ke neraka.” Riwayat Bukhari No: 15

Segala puji bagi Allah yang masih memberi kita peluang dan ruang untuk terus memperbaiki diri dan meningkatkan amal.

Moga kita semua sebagai muslimah khususnya terus menjadi istimewa pada pandangan-Nya. Jaga diri kita sebaik mungkin, semoga Allah S.W.T melindungi kita daripada segala fitnah di dunia dan terlindung daripada menjadi fitnah dunia.

“Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: And Allah is well acquainted with all that they do.” Surah An-Nur :30

Wallahualam.

Rujukan ;
Buku Tarbiyah Sentap


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rasyidah Rahmat

Rasyidah Rahmat

Suka mencuba perkara baru dan sangat meminati bidang penulisan dan membaca buku dalam semua genre. Karya pertama yang diterbitkan iaitu dalam siri antologi cerpen Negeri Terengganu. Merupakan mahasiswa tahun akhir sarjana muda syariah di UIN STS Jambi, Indonesia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami