Gaya Hidup

Dalil Yang Menceritakan Pentingnya Menjaga Lisan

Oleh Fizah Lee  •  20 Feb 2020  •  2 min baca

Abu Bakar RA pernah berkata kepada Umar Al-Khattab bahawa lidah merupakan alatan yang boleh membawa manusia kepada banyak masalah. Dengan lidah, manusia akan mengeluarkan kata-kata sama ada yang ditapis mahupun tidak. Disebabkan itu, manusia diajar untuk berfikir dahulu sebelum berbicara.

‘Lidah itu lebih tajam daripada mata pedang.’

Pepatah Arab juga menyebutkan sedemikian bagi memberi peringatan kepada kita untuk menjaga lidah daripada berkata-kata perkara yang tidak berfaedah atau yang boleh menyakiti hati orang lain.

‘Kerana mulut, badan binasa.’

Begitu juga dengan pepatah Melayu yang menyebut bahawa mulut merupakan perkara perlu dijaga untuk mengelakkan timbulnya masalah dan kebinasaan.

Baginda SAW juga sentiasa menekankan umatnya untuk menjaga lisan kerana melalui lisan, ia boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat kepada diri sendiri.

#1 – Sebagai Keselamatan

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir Ra bertanya:

يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا النَّجَاةُ. أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ وَابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ

Maksud: “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan itu?” Baginda SAW menjawab: “Jagalah lisanmu, hendaklah rumahmu membuatmu merasa lapang (selesa untuk berada di rumah) dan menangislah kerana dosa-dosamu.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2406)

#2 – Sebagai Akar Kepada Kebaikan

Diriwayatkan dari sahabat Muadz bin Jabal RA, Baginda SAW bersabda: “Mahukah engkau aku khabarkan dengan sesuatu yang menjadi kunci itu semua?” Aku menjawab: “Ya, wahai Nabi Allah.” Lalu, Baginda memegang lisannya dan bersabda: “Tahanlah lidahmu ini.”

Aku bertanya: “Wahai Nabi Allah, apakah sungguh kita akan diazab disebabkan oleh perkataan yang kita ucapkan?” Baginda bersabda: “Celakalah kamu. Ibumu kehilanganmu wahai Muadz. Tidaklah manusia itu disungkurkan ke dalam neraka di atas muka atau hidung mereka, melainkan kerana hasil ucapan lisan mereka.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2616)

#3 – Tanda Benarnya Iman

Maksud: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata-kata yang baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, hendaklah dia tidak menyakiti jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6475)

Kesimpulan

Di akhirat nanti, seluruh anggota badan manusia akan menjadi saksi di atas setiap perbuatan dan amalan yang telah dilakukan di dunia kecuali satu, iaitu mulut. Ia akan dikunci dan ditutup rapat. Mengapa? Kerana mulut merupakan sebuah alat yang cukup berbahaya.

Mafhum: “Pada waktu itu Kami meteraikan (memateri) mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang telah mereka usahakan.” (Surah Yasin, 36:65)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami