Gaya Hidup

Dah graduasi? Massive Open Online Course (MOOC) Ini Untuk Anda

Oleh Natirah Azira  •  26 Oct 2018  •  2 min baca

Musim graduasi tiba lagi. Media sosial mula dipenuhi dengan gambar-gambar yang dimuat naik dengan keluarga, rakan-rakan serta rakaman suasana di hari konvokesyen. Meriah! Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah berjaya menamatkan pembelajaran setelah berhempas pulas selama beberapa tahun.

Sekalipun pembelajaran di universiti telah berakhir, namun belajar adalah suatu proses yang berterusan. Peluang ada di mana-mana untuk menambah ilmu pengetahuan. Bagi mereka yang memilih untuk bekerja sementara untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, atau mereka yang ada masa lapang setelah bergraduasi, artikel kali ini bermanfaat untuk anda.

Massive Open Online Course(MOOC) atau Kursus Terbuka Atas Talian Secara Besar-Besaran merupakan kursus interaktif dalam talian yang membolehkan para pengguna internet belajar apa sahaja secara atas talian serta berkomunikasi secara terbuka melalui laman web. Bahan-bahan kursus seperti video, bahan bacaan, set soalan dan ujian serta tugasan untuk kegunaan para pelajar biasanya disediakan bagi pelajar yang telah mendaftar.

Konsep pembelajaran secara atas talian ini semakin popular kerana ia menyediakan kefahaman asas tentang sesuatu bidang ilmu dan juga tambahan informasi daripada apa yang telah diperoleh di dalam kelas.

Maka tidak kira siapa pun anda, yang telah bergraduasi, yang masih belajar, yang tidak pernah belajar di mana-mana institusi, pekerja, atau sesiapa saja mampu mendapat ilmu setanding mereka yang menghadiri kelas yang sebenar.

Apa yang menarik, kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah percuma! Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk belajar daripada tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman dari universiti-universiti terkemuka di seluruh dunia.

Open culture.com contohnya mengumpulkan lebih kurang 1300 kursus pembelajaran percuma. Subjek-subjek yang ditawarkan merangkumi pelbagai bidang dan dapat diakses walau di mana pun anda berada. Laman web lain yang juga boleh dirujuk seperti:

1. Futurelearn.com (www.futurelearn.com)
2. Coursera.org (www.coursera.org)
3. Khan Academy (www.khanacademy.org)
4. Open Learning (www.openlearning.com)
5. Open 2 Study (https://www.open2study.com/courses)
6. EDX (www.edx.org)

Jadi, apa tunggu lagi? Klik dan daftar sekarang!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami