Ibadah

Ciri-Ciri Ayat Makiyyah Yang Boleh Dikenali

Oleh Fizah Lee  •  23 Dec 2020  •  3 min baca

Al-Quran ialah sebuah kitab yang telah diturunkan oleh Allah secara mutawatir, iaitu berperingkat yang memakan masa selama 23 tahun.

13 tahun darinya adalah ketika Baginda SAW menyebarkan dakwah di Mekah, manakala baki 10 tahun lagi selepas Baginda berhijrah ke Madinah.

Dengan itu, surah di dalam Al-Quran terbahagi kepada dua, iaitu Makiyyah dan Madaniyyah.

Makiyyah merujuk kepada surah atau ayat yang diturunkan di Mekah, manakala Madaniyyah pula merujuk kepada ayat yang diturunkan di Madinah.

Untuk membezakan kedua-dua ini, para ulama hadir dengan tiga jenis teori yang mempunyai dasarnya yang sendiri, iaitu dilihat pada waktu, tempat serta sasarannya.

Jadi, untuk entri kali ini akan memperlihatkan ciri-ciri mudah ayat makiyyah bagi membolehkan kita mengenalinya.

#1 – Topik asas surah Makiyyah adalah berkait dengan akidah

 قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ
الَّذِي جَعَلَ لَكُم مِّنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا فَإِذَا أَنتُم مِّنْهُ تُوقِدُونَ

Mafhum: “Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh tuhan yang telah menciptanya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya). Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu.” (Surah Yasin, 36:79-80)

#2 – Ayat dan surahnya pendek serta ringkas.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
مَلِكِ النَّاسِ
 إِلَـٰهِ النَّاسِ
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
 الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

Mafhum: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara Sekalian Manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.” (Surah An-Nas, 114:1-6)

#3 – Kandungannya adalah mengenai seruan terhadap keimanan kepada Allah, masalah wahyu, alam ghaib, hari akhirat serta gambaran mengenai syurga dan neraka.

قُلْ هُوَ اللَّـهُ أَحَدٌ
اللَّـهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Mafhum: “Katakanlah (wahai Muhamamd): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tidak beranak dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengannya.” (Surah Al-Ikhlas, 112:1-4)

#4 – Menceritakan mengenai kisah-kisah penentangan kaum musyrikin

وَإِذَا رَأَيْتَ الَّذِينَ يَخُوضُونَ فِي آيَاتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيْطَانُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ الذِّكْرَىٰ مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Mafhum: “Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).” (Surah Al-An’am, 6:68)

#5- Surahnya banyak dimulakan dengan kalimat “wahai manusia” dan tidak menggunakan perkataan “wahai orang yang beriman” kerana surah-surah ini adalah permulaan ketika menyampaikan dakwah kepada manusia.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ

Mafhum: ” Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Surah Yunus, 10:57)

Kesimpulannya, mengapa kita perlu mengetahui akan ciri-ciri ini adalah untuk memudahkan kita menghayati sebab di sebalik turunnya ayat ini.

Dan ia sekali gus untuk mendekatkan kita dengan Al-Quran lebih baik lagi.

Rujukan:
Kajian Makiyyah – Madaniyyah
Kajian Makki Dan Madani Serta Beberapa Diskusi Tentangnya


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami