Hukum

Bolehkah Menyedekahkan Al-Fatihah Untuk Orang Yang Sakit

Oleh Fizah Lee  •  6 Jan 2021  •  2 min baca

Selalunya kita dengar bacaan Al-Fatihah disedekahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Biasanya, berita-berita mengenai kematian akan disekalikan dengan anjuran untuk menyedekahkan Al-Fatihah.

Walaupun perbuatan ini tiada diriwayatkan daripada perbuatan Baginda SAW dan para sahabat, namun sebahagian ulama menyimpulkan bahawa ia adalah perbuatan mahmudah (yang baik) yang boleh diamalkan.

Hal ini kerana, umum mengetahui bahawa bacaan Al-Fatihah mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri, sama ada kepada si pembaca mahupun yang menerimanya.

Bahkan, ia banyak digunakan dalam beberapa amalan lain seperti sebagai doa pembuka majlis, bacaan rukyah dan juga sebagai pembuka kepada bacaan Al-Quran.

Justeru, bagaimana pula dengan bacaan Al-Fatihah jika ia disedekahkan kepada orang yang sakit?

Menghadiahkan Al-Fatihah kepada orang sakit sebagai wasilah (sebab) doa agar agar segera diberi kesembuhan; ulama berpendapat bahawa hukumnya adalah dibolehkan.

Bagaimanapun, ulama dari kalangan Mazhab Syafi’e dan Maliki menyebut bahawa, jika tujuannya adalah untuk meruqyah (merawat) si pesakit, maka ia adalah dibolehkan.

Namun, jika ia sekadar dibaca dengan niat pahala itu disedekahkan kepada si pesakit, maka hukumnya adalah tidak dibolehkan. Hal ini kerana mereka menyebut bahawa pahala yang disedekahkan tidak akan sampai melainkan kepada diri sendiri sahaja.

Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz menyebut – “Allah memerintahkan membaca Al-Quran untuk diambil manfaat melalui ruqyah atau untuk dipelajari, ditadaburi maknanya serta diamalkan.”

Kesimpulan

Justeru, secara kesimpulannya ialah boleh untuk membaca surah Al-Fatihah kepada orang sakit dengan diniatkan supaya Allah memberi kesembuhan kepadanya.

Wallahu a’lam

Rujukan:
Konsultasi Syariah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami