Ibadah

Bolehkah Membaca Surah Yang Sama Dalam Rakaat Solat

Oleh Fizah Lee  •  23 Dec 2020  •  2 min baca

Pernah satu ketika, waktu saya menunaikan solat berjemaah di surau, imam tersebut mengulangi bacaan surah yang sama dalam solat selepas surah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua.

Suatu perkara yang jarang sekali berlaku kerana kebiasaannya, imam akan mengalunkan surah atau petikan ayat yang berbeza untuk rakaat pertama dan kedua.

Jadi, apakah hukum di sebalik amalan ini? Sebenarnya, dua-dua perbuatan itu tiada kesalahan kerana ia adalah amalan yang diharuskan.

Tidak menjadi masalah untuk imam membaca surah yang sama dalam rakaatnya. Begitu juga apabila menunaikan solat secara bersendirian, boleh sahaja membaca mana-mana surah selepas bacaan Al-Fatihah.

Hal ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang telah diriwayatkan daripada Muaz bin Abdillah al-Juhaniy, ada seorang lelaki dari Juhainah mengkhabarkan kepadanya bahawa beliau mendengar Nabi SAW membaca bacaan di dalam solat Subuh dengan ayat إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ’ pada kedua-dua rakaat.” (HR Abu Daud, no. 816)

Menurut perbahasan ulama seperti Sheikh Syamsul Haq Al-‘Azim – sahabat pada awalnya ragu kerana Rasulullah jarang sekali mengulangi ayat yang sama dalam rakaat solat. Jadi, para sahabat ragu sama ada perbuatan tersebut disyariatkan atau tidak.

Ulama berbahas bahawa jika ia adalah perkara yang menimbulkan keraguan tetapi dilakukan oleh Rasulullah, maka ia adalah sesuatu yang disyariatkan. Ertinya, tiada masalah untuk mengikutinya kerana asal daripada perbuatan Baginda adalah untuk pensyariatan, manakala lupa adalah keluar dari perkara asal.” (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 3/23)

Justeru, perbuatan membaca surah yang sama dalam rakaat solat adalah dibolehkan. Namun, lebih afdal (baik) untuk membaca surah yang berlainan kerana itu adalah amalan Rasulullah SAW yang sering dilakukan.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami