Ibadah, Keluarga

Bolehkah Kanak-Kanak Menjadi Imam Jika Tiada Lelaki Dewasa Di Rumah

Oleh Fizah Lee  •  22 Dec 2020  •  2 min baca

Norma baharu pada zaman COVID-19 ini sedikit sebanyak mengubah gaya hidup kita terutamanya dalam urusan agama.

Jika dulu, baik lelaki mahupun perempuan boleh menunaikan solat secara berjemaah dengan bebas di masjid atau surau, namun kini aktiviti itu dibataskan demi usaha kita memutuskan rantaian COVID-19.

Tetapi, dari sudut pandang positif yang kita boleh lihat adalah keluarga sudah mula mengamalkan solat berjemaah. Ibu bapa juga secara perlahan-lahan mula mendidik anak-anak mereka untuk solat berjemaah dan tepat waktunya di rumah.

Namun, ada juga dalam kalangan orang tua yang mula mengajar anak mereka menjadi imam. Wujud persoalan di sini, iaitu adakah kanak-kanak sudah boleh menjadi imam solat?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa sah solatnya jika kanak-kanak tersebut sudah mumayyiz, iaitu sudah boleh membezakan perkara yang baik dan buruk.

Mereka juga perlulah tahu syarat sah solat serta boleh membaca bacaan dalam solat dengan betul terutamanya surah Al-Fatihah.

Imam Nawawi berkata – “Apabila kanak-kanak sudah berakal, mereka layak menjadi ahli solat, maka sah solatnya dan turut sah menjadi imam. Kanak-kanak mumayyiz yang sah solatnya adalah apabila telah sampai tahap kemampuan untuk berfikir mana yang terbaik dan apabila sampai had umur tujuh tahun. Adapun, waktu tamyiz (mampu membeza baik dan buruk) tidak sama bagi setiap kanak-kanak sama ada mencapai umur tujuh tahun atau sebelumnya.” (Al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab, 4/284)

Bagaimanapun, jika kanak-kanak itu masih belum berkhatan (quluf), perlulah dititikberatkan akan kebersihan anggota yang terkena najis kencing.

Namun, adalah lebih baik untuk memilih kanak-kanak yang telah berkhatan sebagai imam.

Kesimpulannya di sini ialah, boleh menjadikan kanak-kanak yang telah mumayyiz sebagai imam serta sah solatnya dan makmum.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami