Ibadah

Bolehkah Bersahur Selepas Waktu Imsak

Oleh Fizah Lee  •  28 Apr 2020  •  2 min baca

Imsak bermaksud waktu yang telah ditetapkan untuk menahan diri daripada makan dan minum sebelum azan subuh.

Tujuan penandaan waktu imsak ini ialah sebagai langkah untuk mengelakkan syak sama ada sudah terbit fajar atau belum. Dalam waktu ini juga dikatakan afdal untuk meninggalkan makan dan minum sedikit masa sebelum terbitnya fajar.

Semasa zaman Baginda SAW, azan Subuh telah dilaungkan sebanyak dua kali, iaitu sebelum masuknya waktu Subuh dan apabila Subuh.

Azan yang pertama adalah untuk memberi peringatan kepada kaum muslimin akan hampirnya waktu Subuh. Walau bagaimanapun, pada waktu ini juga Baginda SAW memberikan kelonggaran kepada umat Islam untuk makan dan minum. (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab)

Jika di Malaysia, waktu imsak kebiasaannya adalah 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh. Kebiasaannya, apabila sudah masuk waktu imsak, kita dianjurkan untuk berhenti makan dan minum dan bersedia untuk menjalani ibadah puasa.

Jadi, apabila masuknya waktu imsak, adakah kita masih lagi dibenarkan untuk makan dan minum bagi mengambil keberkatan sahur, sama ada tidak sempat akibat terbangun lambat atau kerana masih belum habis makan.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:

Maksud: “Fajar ada dua jenis. Yang pertama ialah fajar yang diharamkan untuk makan dan dihalalkan untuk solat, iaitu fajar sadiq (fajar masuknya waktu subuh). Yang kedua ialah fajar yang diharamkan untuk solat (iaitu solat Subuh) dan dihalalkan untuk makan (fajar kadzib, fajar yang muncul sebelum fajar sadiq).” (Hadis Riwayat Baihaqi, no. 8024)

Kemudian, melalui firman Allah dalam surah Al-Baqarah juga ada menyebut:

Mafhum: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam.” (Surah Al-Baqarah, 2:187)

Melalui beberapa dalil yang telah dinyatakan, Al-Imam Ibnu Kathir RA telah berkata bahawa, mereka yang bangun bersahur diberi kebenaran untuk makan dan minum sehingga ternampaknya cahaya subuh (fajar sadiq) dari kegelapan malam.

Justeru, imsak bukanlah waktu bermulanya puasa. Maka, dibolehkan untuk meneruskan makan dan minum, namun dalam keadaan yang berjaga-jaga kerana ia sudah menghampiri waktu Subuh.

Apabila terdengarnya azan Subuh, maka wajib ke atas seseorang untuk berhenti makan dan minum kerana ia menandakan puasa pada hari tersebut telah bermula.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Muslim.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami