Koleksi Berita

Senarai koleksi berita berkisar dengan dunia Islam di seluruh dunia untuk rujukkan serta peringatan buat semua.

Berita Terkini


Berita

Arab Saudi Melarang Solat Taraweh Di Masjid Sepanjang Ramadan Ini

Umum mengetahui bahawa situasi jangkitan COVID-19 di seluruh dunia masih belum reda. Keadaan ini termasuklah di Arab Saudi di mana WHO menunjukkan laporan setakat 16 April, kes jangkitan telah meningkat ke 5862 orang serta 79 kematian. Setakat ini jumlah keseluruhan kes di seluruh dunia telah mencapai angka 2 juta. Bimbang akan penularan ini, bukan umrah […]

17 Apr 2020

17 Apr 2020  •  1 min baca

Berita

Kadar Zakat Fitrah Lebih Rendah Tahun Ini Di Wilayah Persekutuan

Hari ini pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa dua kadar zakat fitrah telah diputuskan bagi tahun ini (2020) iaitu sebanyak RM5 dan RM7 di Wilayah Persekutuan. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira cabaran semasa yang dilalui oleh umat Islam ekoran penularan COVID-19 yang menyebabkan punca pendapatan terjejas. […]

16 Apr 2020

16 Apr 2020  •  1 min baca

Berita

22 Persoalan Tentang Pengendalian Kes Mahkamah Syariah Sepanjang Tempoh PKP

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah masuk ke fasa yang ketiga, banyak sektor yang terkesan dan perlu melakukan pengubahsuaian operasi dan pelaksanaan. Hal ini termasuklah bahagian perundangan sama ada bahagian Jabatan Kehakiman Syariah mahupun Sivil. Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mengeluarkan satu dokumen berisi soalan lazim (FAQ) berkaitan pengendalian kes-kes di Mahkamah […]

15 Apr 2020

15 Apr 2020  •  6 min baca

Berita

MyCareCoV19 – Inisiatif JAKIM Buat Individu Yang Perlukan Bimbingan Emosi Dan Nasihat

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berjalan hampir sebulan. Bagi sesetengah orang, hal ini dilihat sebagai peluang berharga untuk melakukan aktiviti dan menghabiskan masa bersama keluarga. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa tempoh PKP ini juga mampu meningkatkan masalah lain seperti konflik keganasan rumah tangga atau kelesuan emosi terutama bagi mereka yang memang sudah sedia ada berhadapan […]

14 Apr 2020

14 Apr 2020  •  2 min baca

Berita

Penangguhan Solat Jumaat & Aktiviti Berjemaah Dilanjutkan Sehingga 31 Mei, Titah Sultan Selangor

Terkini, Sultan Selangor bersama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan sebuah mesyuarat khas berkenaan wabak COVID-19 di Negeri Selangor. Menurut kenyataan akhbar D.Y.M.M Sultan Selangor, tempoh penangguhan Solat Jumaat, solat secara berjemaah dan aktiviti-aktiviti ceramah serta kuliah di semua masjid, surau dan musolla […]

13 Apr 2020

13 Apr 2020  •  1 min baca

Berita

Belum Ada Kenyataan Rasmi Tentang Pembatalan Haji Pada Tahun Ini

Tidak sedikit desas-desus yang timbul bahawa ibadah haji pada tahun ini bakal dibatalkan. Bahkan umat Islam seluruh dunia telah maklum bahawa Kerajaan Arab Saudi telah menyekat masuk dan keluar pergerakan ke beberapa buah bandar termasuk Mekah dan Madinah serta menghentikan kemasukan jemaah umrah. Bagi mendapatkan penjelasan tentang status pelaksanaan haji pada tahun ini, YB Senator […]

8 Apr 2020

8 Apr 2020  •  1 min baca

Berita

Umat Islam Disaran Menangguhkan Rancangan Menunaikan Haji

Kerajaan Arab Saudi setakat ini melaporkan lebih daripada 1500 kes COVID-19 dengan 10 kematian telah melanda mereka. Berikutan daripada itu, mereka meminta kepada semua umat Islam untuk menangguhkan dahulu sebarang rancangan dan juga persiapan menunaikan haji dan umrah sebelum perkembangan mengenai COVID-19 mendapat kepastian sepenuhnya. Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten berkata, Arab Saudi […]

2 Apr 2020

2 Apr 2020  •  1 min baca

Berita

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Perlu Prihatin Kebajikan Umat Islam Sepanjang PKP

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui kenyataan media yang telah dikeluarkan menyeru agar semua pengerusi jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia untuk memandang serius dengan memberi perhatian terhadap kebajikan umat Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Hal ini telah diambil kira melalui Persidangan Khas Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia […]

31 Mar 2020

31 Mar 2020  •  2 min baca

Berita

17 Talian Hotline Disediakan Untuk Bantuan Zakat Kecemasan #MusaadahCOVID19

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengambil maklum berkenaan mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara. Sehubungan dengan itu, MAIWP telah menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas dari segi pendapatan dan yang tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP. Usaha ini diselarikan dengan menyediakan sebanyak 17 talian hotline oleh Bantuan Zakat Kecemasan […]

31 Mar 2020

31 Mar 2020  •  2 min baca

Berita

Solat Sunat Hajat Akan Dilakukan Serentak Hari Ini Di Seluruh Negara Selepas Solat Zohor

Pelbagai cara sedang diusahakan bagi melalui ujian pandemik COVID-19 sama ada daripada sudut perubatan, langkah pencegahan mahupun keselamatan. Manakala daripada sudut amal ibadah pula, umat Islam biasanya akan menunaikan Solat Sunat Hajat apabila ingin meminta suatu hajat dan keinginan. Hal ini kerana, umat Islam umumnya percaya bahawa setiap perkara yang terjadi di dunia ini adalah […]

27 Mar 2020

27 Mar 2020  •  1 min baca

Berita

Arab Saudi Halang Perjalanan Keluar Masuk Namun Haji Masih Dalam Pertimbangan

Berikutan dengan virus COVID-19 yang menjejaskan seluruh negara, Arab Saudi juga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghalang perjalanan keluar masuk orang awam. Dilaporkan, negara tersebut telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantungkan penerbangan antarabangsa, penutupan sementara sekolah-sekolah dan universiti serta menutup seketika ruang untuk menunaikan umrah. Terkini, Arab Saudi telah mengambil langkah untuk melaksanakan perintah berkurung […]

26 Mar 2020

26 Mar 2020  •  2 min baca

Berita

Penangguhan Solat Jemaah Di Masjid Dan Surau Dilanjutkan

Seiring dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Mac tentang pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) turut mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung dengan pelanjutan tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau. YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mencadangkan agar penangguhan […]

25 Mar 2020

25 Mar 2020  •  1 min baca

Berita

Umat Islam Diseru Melaksanakan Solat Hajat

Menurut sebuah kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengatakan seruan kepada semua umat Islam di Malaysia untuk menunaikan solat sunat hajat. Seruan itu telah dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah […]

25 Mar 2020

25 Mar 2020  •  1 min baca

Berita

Tabung #MusaadahCovid19 Diteruskan

Tabung Musaadah Covid-19 JAKIM telah dilancarkan pagi ini oleh YB Senator Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. Proses kutipan dan agihan sumbangan daripada tabung ini sebenarnya telah bermula lebih awal iaitu pada 19 hari bulan lalu bagi membantu orang ramai yang menghadapi kesulitan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Melalui misi #MusaadahCovid19 ini, banyak usaha […]

24 Mar 2020

24 Mar 2020  •  2 min baca

Berita

COVID-19 – Masjid Al-Aqsa Ditutup Bagi Orang Ramai Bermula Hari Ini

Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis mula ditutup kepada orang ramai bermula hari ini. Perkara ini diumumkan pada Ahad oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam di Jordan yang merupakan penjaga tapak suci umat Islam itu. Solat atau perhimpunan dilarang bagi mengekang penularan COVID-19 di kawasan tersebut. Menurut pihak Kementerian Wakaf lagi, hal ini berat untuk diputuskan namun […]

23 Mar 2020

23 Mar 2020  •  1 min baca

Berita

Solidariti Malaysia #QuranTime Akan Bersiaran Secara Langsung Tengah Hari Ini

Sebuah Solidariti Malaysia #QuranTime akan diadakan pada tengah hari ini, 20 Mac 2020 dan akan bersiaran secara langsung di TV AlHijrah saluran 114. Ia merupakan sebuah titik tolak untuk membantu umat Islam membaca dan memahami Al-Quran walaupun sedang berada dalam tempoh kuarantin ini. Solidariti yang dijadualkan akan bermula pukul 12 tengah hari sehingga 1 petang […]

20 Mar 2020

20 Mar 2020  •  2 min baca

5,617,619++ Orang Telah Mendapat Manafaat Dari Platform Ini..

Kami perlukan RM5,000 setiap bulan untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami