Senarai koleksi berita berkisar dengan dunia Islam di seluruh dunia untuk rujukkan serta peringatan buat semua.
Berita
Kerajaan Arab Saudi pagi ini memutuskan bahawa kemasukan para jemaah Umrah ke Kota Mekah dan Madinah akan digantung buat sementara waktu. Langkah ini diambil bagi membendung virus COVID-19 daripada terus merebak ke rantau tersebut. Menurut Kementerian Luar Arab Saudi, penggantungan itu juga melibatkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terkesan oleh COVID-19, namun […]
27 Feb 2020
27 Feb 2020 • 1 min baca
Berita
Tulisan Jawi atau bahasa Jawi? Sering kita dengar ada yang menyebut jawi sebagai sebuah tulisan dan ada juga yang menggelarnya sebagai bahasa. Jadi, mana satu yang benarnya? Berikutan dengan sebuah program yang telah dianjurkan oleh Akademi Jawi Malaysia, iaitu ‘The Science of Bahasa Jawi – An Introduction’ telah mengulas berkenaan Jawi dan sejarahnya. Penyampaian yang […]
21 Feb 2020
21 Feb 2020 • 4 min baca
Berita
Malaysia Technology Expo (MTE) bermula sejak tahun 2001. Ia telah menjadi platform tahunan bagi para pencipta, pereka dan pelopor untuk mengetengahkan kajian dan ciptaan masing-masing untuk tatapan umum. Pihak Tzkrh berpeluang untuk berkunjung ke pameran ini yang bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) semalam bagi melihat sendiri hasil kreativiti para pencipta. Antara reruai yang […]
21 Feb 2020
21 Feb 2020 • 3 min baca
Berita
Hari ini Mufti Johor mengeluarkan fatwa bahawa anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf boleh dibinkan dengan menggunakan 99 nama Allah. Langkah ini memberi ruang yang lebih besar kepada mereka untuk dibinkan selain dengan nama Abdullah sahaja. Selain itu, langkah ini dapat mengelakkan tanda tanya orang dalam masa yang […]
14 Feb 2020
14 Feb 2020 • 1 min baca
Berita
THiJARI merupakan sebuah rangkaian perkhidmatan digital Tabung Haji untuk para pendeposit menjalankan transaksi akaun Tabung Haji dengan lebih mudah. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna melakukan beberapa perkara antaranya: – Dapat mengetahui baki semasa akaun – Dapat melakukan pemindahan wang – Mencetak penyata akaun – Menyemak tarikh giliran untuk menunaikan Haji – Menyemak surat tawaran Haji – […]
6 Feb 2020
6 Feb 2020 • 1 min baca
Berita
Bagi anda yang pernah mendengar kisah tentang Yakjuj dan Makjuj, pasti tahu bahawa nama Tasik Tabari juga ada disebutkan bersama dalam penceritaan tersebut. Disebutkan bahawa salah satu tanda akhir zaman adalah tasik ini akan kering. Ia adalah suatu pernyataan yang benar kerana memang ada disebutkan dalam hadis yang sahih riwayat Imam Muslim. “Daripada al-Nawwas bin […]
21 Jan 2020
21 Jan 2020 • 3 min baca
Berita
Pada Disember 2019, Australia diisytiharkan darurat disebabkan kebakaran di beberapa buah negerinya. Ia telah memusnahkan hutan belukar dan taman negara seperti Blue Mountains. Bukan itu sahaja, bandar raya terbesar di Australia, termasuk Melbourne dan Sydney turut terkesan daripada kebakaran ini dengan kepulan asap yang menyelubungi dan telah merosakkan rumah kediaman. Kebakaran ini dikatakan telah bermula […]
8 Jan 2020
8 Jan 2020 • 3 min baca
Berita
“Sumpah laknat tidak ada dalam perundangan Islam kecuali dalam bab Li’an”. Begitu penyataan pertama oleh pihak Mufti Wilayah Persekutuan melalui kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini. Langkah ini diambil bagi memberi maklum balas ekoran sesi sumpah laknat yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak […]
23 Dec 2019
23 Dec 2019 • 2 min baca
Berita
Tidak berapa lama dahulu kita ada mendengar tentang kisah rekaan tudung Dr Elies untuk kegunaan anggota polis Muslim di luar negara. Kini kita menyaksikan kreativiti seorang lagi doktor Malaysia beragama Islam yang bertugas di United Kingdom iaitu Dr Farah Roslan dalam isu pemakaian tudung di hospital. Antara etika yang perlu dipatuhi oleh petugas-petugas perubatan ini […]
19 Dec 2019
19 Dec 2019 • 2 min baca
Berita
Zakat adalah salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh seluruh umat Islam. Ia bukan hanya terhad kepada zakat fitrah yang biasanya disempurnakan menjelang sambutan Aidilfitri sahaja, malah merangkumi zakat-zakat lain seperti zakat pendapatan, zakat simpanan, zakat saham dan lain-lain. Jika dahulu, orang ramai hanya mempunyai pilihan untuk melakukan pembayaran zakat di pusat kutipan zakat atau […]
18 Dec 2019
18 Dec 2019 • 1 min baca
Berita
Buat mereka yang gemar membeli-belah sudah pastinya mempunyai saluran dan tarikh yang tepat untuk membeli seperti jualan 11.11 dan juga Black Friday. Namun, buat mereka yang mencintai buku, pasti tercari-cari jualan mega seperti ini yang bakal berlangsung. Kini, tidak usah bimbang dan resah lagi kerana Negara Buku Mega 2019 anjuran Karangkraf kembali lagi. Jualan buku […]
1 Dec 2019
1 Dec 2019 • 2 min baca
Berita
Buat anda yang sentiasa mengikuti perkembangan Mufti Wilayah untuk mengetahui mengenai hukum dan isu semasa, pasti anda sentiasa menantikan sesuatu yang baru daripada mereka. Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri atau lebih dikenali sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sangat aktif melalui laman Twitter beliau dan sering menjawab soalan-soalan agama yang diujarkan oleh pengguna Twitter. Pengguna juga […]
29 Nov 2019
29 Nov 2019 • 2 min baca
Berita
Semalam, Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu waktu Subuh yang dilewatkan selama 8 minit. Hal ini diumumkan berikutan dengan fajar sadiq (waktu bermula Subuh) yang berlaku pada sudut matahari di kedudukan 18 darjah di bawah ufuk yang sedikit berbeza dengan waktu yang diguna pakai sebelum ini, iaitu pada sudut 20 darjah. 1⁰ bersamaan […]
29 Nov 2019
29 Nov 2019 • 1 min baca
Berita
Sepanjang dua hari ini, laman sosial seperti Twitter dan Instagram telah dihujani dengan tanda pagar #EyeOftruth dan #MuathEye. Muath Armaneh merupakan seorang jurnalis dan wartawan bebas Palestin telah ditembak di bahagian mata kiri oleh tentera Israel ketika membuat liputan demonstrasi di Tebing Barat pada 16 November, Jumaat lalu. Beliau kini sedang dirawat di Pusat Perubatan […]
19 Nov 2019
19 Nov 2019 • 2 min baca
Berita
Buat anda yang bercita-cita untuk menjadikan Eropah sebagai salah sebuah tempat percutian di samping melihat kawasan bersejarah, pastikan anda tidak ketinggalan untuk melihat Masjid Islamic Center Rijeka. Masjid ini terletak di Croatia dan merupakan masjid pertama yang telah dibina di Adriatik. Ia telah dibangunkan pada 5 Mei 2013 dan pembangunannya mula dibina sejak 2009. Masjid […]
23 Oct 2019
23 Oct 2019 • 1 min baca
Berita
Separuh daripada masalah kesihatan mental bermula pada umur 14 tahun, namun kebanyakannya tidak dapat dikesan dan mendapat rawatan. Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang berada di tempat ketiga, dan jika tidak dirawat, ia boleh membawa kepada bunuh diri. Malah, statistik pada tahun 2015 meunjukkan peningkatan sebanyak 29.2 peratus atau 4.2 juta rakyat Malaysia yang […]
10 Oct 2019
10 Oct 2019 • 2 min baca
Kami perlukan RM5,000 setiap bulan untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.