Gaya Hidup

Bagaimana Mencari Pasangan Yang Sesuai Dengan Anda

Oleh Fieyzah Lee  •  26 Feb 2020  •  3 min baca

Jika anda seorang yang masih bujang atau mencari pasangan, pasti anda telah mencuba pelbagai cara. Sama ada menggunakan khidmat aplikasi cari jodoh, menggunakan bantuan ibu bapa dan ada pula yang mengiklankan diri di laman-laman media sosial. Namun, mungkin jodoh anda masih belum kelihatan.

Usah risau kerana ia adalah ujian yang Allah tentukan buat anda. Mungkin dengan lambatnya jodoh anda, Allah memberi peluang untuk anda berbakti kepada orang tua terlebih dahulu atau mungkin juga memberi peluang kepada anda untuk mencari harta dan kekayaan ilmu.

Ia semua adalah hikmah yang anda tidak akan rasainya dalam masa sekarang, namun suatu hari nanti anda pasti akan merasainya dan bersyukur dengan aturan tersebut.

Jangan bandingkan diri anda dengan orang lain untuk menjatuhkan diri sendiri. Namun, lihatlah orang lain untuk menjadikan anda ke arah yang lebih baik.

Ada orang pada umurnya 30 tahun sudah punya dua orang anak. Ada teman anda yang lain pula sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama. Ada jejaka lain lagi sedang merasa pahitnya putus cinta. Semua orang sedang berada dalam zon masa masing-masing.

Yang penting, jangan salahkan tuhan atas setiap apa yang berlaku sebaliknya muhasabahlah untuk menjadi lebih baik.

Entri kali ini bukanlah untuk menyedarkan anda mengenai zon masa seseorang atau untuk muhasabah diri sebaliknya untuk membekalkan tips kepada anda berkenaan cara untuk mendapatkan pasangan yang tepat.

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Mafhum: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-mahkluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah Yasin, 36:36)

#1 – Berdoa Kepada Tuhan

Perkara pertama yang perlu dilakukan dalam hidup ialah doa. Hebatnya kuasa doa, tidak perlu dirungkai dengan panjang lebar di sini kerana sudah pasti anda sendiri telah membaca dan mengetahui kuasanya.

Jadikan ia sebagai prinsip pertama dalam hidup anda. Apa sahaja yang anda lakukan, jangan tinggalkan perkara penting ini. Bahkan, anda sebenarnya tidak boleh lari daripadanya. Oleh itu, berdoalah dengan sepenuh hati.

Orang kita sangat malu dalam berdoa. Dan ada juga yang malas untuk berdoa. Jangan halang diri anda daripada berdoa dan jangan malu untuk meminta. Orang yang malu selalunya rugi. Oleh itu, mintalah apa sahaja yang anda inginkan dariNya dengan sepenuh hati.

#2 – Nyatakan Kriteria Yang Diinginkan

“Aku ingin wanita yang pandai memasak” atau “aku ingin lelaki yang pandai berkebun.”

Kriteria-kriteria yang diinginkan perlulah dinyatakan supaya mudah untuk anda membuat keputusan. Sama ada anda terlalu banyak pilihan atau anda sendiri tidak pasti akan masalah diri anda berkenaan apa yang anda inginkan.

Tidak salah untuk membuat pilihan dengan menyatakan kriteria yang anda inginkan. Namun, perlu diingat untuk tidak terlalu fokus terhadap kriteria tersebut kerana ia akan membuatkan mata anda buta dalam mencarinya dan gagal melihat kelebihan-kelebihan dirinya yang lain.

#3 – Dapatkan Restu Orang Tua

Yang paling penting ialah meminta restu daripada orang tua anda. Nyatakan hasrat anda kepada mereka agar mereka merestui perjalanan hidup anda dan dalam masa yang sama boleh mendoakan kesejahteraan hidup anda.

Kesimpulan

Sebenarnya, keresahan kerana tiada pasangan hidup ini datang dari pelbagai faktor seperti mulut-mulut orang sekeliling, faktor usia dan sebagainya. Jangan risau jika bayang jodoh anda belum kelihatan lagi kerana Allah akan menghadirkan seseorang yang sesuai dalam kehidupan anda.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami