Gaya Hidup

Awas! 6 Perkara Yang Dilakukan Akan Menyebabkan Rezeki Anda Tidak Berkat

Oleh Sharul  •  13 Dec 2017  •  3 min baca

Setiap akhir bulan merupakan hari yang dinantikan buat semua orang yang bekerja makan gaji. Tidak kira swasta maupun pekerja kerajaan, masing-masing menunggu gaji masuk.

Jarang kita dengar pekerja tidak ambil tahu mengenai gaji masing-masing. Baik yang berjawatan rendah dan tinggi masing-masing sudah ada dalam fikiran apa yang hendak dibeli dan membayar hasil dari apa yang telah usahakan.

Kita sering merungut tentang gaji yang kecil walaupun gaji bulanan tersebut mampu beli sebuah motor secara tunai.

Kita sering menyalahkan orang atasan kita yang memberikan gaji yang sedikit.

Tetapi adakah kita tertanya-tanya, mengapa gaji sering tidak cukup walaupun sudah bermacam cara dilakukan, seperti berjimat cermat dan melakukan senarai keperluan apa yang perlu dibeli sahaja.

Di sinilah segala persoalan yang bermain difikiran itu terungkai satu persatu.

Marilah kita lihat jika ada antara perkara atau kelakuan yang kita lakukan dibawah yang sering kita lakukan ketika menjalankan tugas seharian.

Mungkin inilah punca rezeki yang kita terima tidak berkat;

#1 – Datang Lewat Ke Pejabat

Ketika mendapat pekerjaan, kita telah menandatangani kontrak waktu pejabat yang perlu kita datang dan balik. Kita datang lewat dan minta kawan punch card kehadiran dan pulang awal.

#2 – Melengahkkan Kerja

Jika kerja bermula pukul 8.00 pagi, masa tersebut digunakan untuk ke kafe atau gerai yang berdekatan untuk membeli sarapan, tidak sempat masak katanya sebab sibuk menyiapkan anak nak sekolah dan suami. Akhirnya pukul 8.30 atau 9.00 pagi baru mula kerja

#3 – Menggunakan Harta Syarikat Untuk Tujuan Sendiri

Alat tulis merupakan harta pejabat yang sering disalah gunakan. Ada yang membawa balik untuk tujuan peribadi atau anak-anak dirumah

#4 – Membuat Tuntutan Melebihi Apa Yang Dikerjakan

Membuat tuntutan kerja lebih masa atau perjalanan melebihi dari apa yang dikerjakan bukan sahaja salah di sisi undang-undang syarikat malah lebih teruk lagi duit tersebut merupakan duit haram

#5 – Bermain Telefon Bimbit Ketika Bertugas

Terdapat banyak aplikasi di dalam telefon bimbit seperti permainan dan swafoto digunakan ketika waktu pejabat.

Kaum Adam yang kebiasaan menjuarai permainan online juga tidak melepaskan peluang bermain pada waktu pejabat.

#6 – Membeli Belah Secara Online

Laman web membeli belah secara online begitu popular sekarang. Kesempatan ini diambil oleh kaum Hawa membeli dan melihat pelbagai barangan yang dijual supaya mudah bagi mereka hendak membeli ketika mendapat gaji bulanan nanti.

Laman web untuk membida barangan pada harga yang tidak masuk akal juga sering dilayari pada waktu pejabat.

Jika anda mempunyai rakan-rakan dari bidang teknologi maklumat, anda boleh bertanya pada mereka laman web yang sering dilayari oleh staff pejabat.

Pelbagai implikasi yang sering kita lihat dan dengar hasil dari gaji yang tidak berkat ini.

Mungkin ada yang kita biasa dengar dari rakan-rakan pejabat mengomel tentang sesuatu perkara ketika baru mendapat gaji seperti;

“ Time ni la kereta ni nak rosak”

“ Aduh sakit lah pulak “

“ Lah .. hilang pulak .. baru je beli hari tu “

“ Eh tak cukup ke duit? Baru je hari tu buat budget betul “

Sebenarnya gaji yang kita dapat walaupun sedikit memang cukup buat kita sekeluarga kerana Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya.

Oleh yang demikian berhati-hatilah dalam melakukan pekerjaan agar rezeki yang kita terima kelak merupakan rezeki yang berkat.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami