Berita

Arab Saudi Halang Jemaah Umrah Memasuki Mekah Bagi Membendung COVID-19

Oleh Natirah Azira  •  27 Feb 2020  •  1 min baca

Kerajaan Arab Saudi pagi ini memutuskan bahawa kemasukan para jemaah Umrah ke Kota Mekah dan Madinah akan digantung buat sementara waktu. Langkah ini diambil bagi membendung virus COVID-19 daripada terus merebak ke rantau tersebut.

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi, penggantungan itu juga melibatkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terkesan oleh COVID-19, namun tiada senarai nama negara spesifik yang dikeluarkan.

Setakat semalam, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa virus tersebut kini semakin menular di bahagian Timur Tengah dengan Iran menjadi kawasan yang paling terjejas – 95 buah kes dan 16 kematian.

Hal ini menimbulkan persoalan kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam – adakah Malaysia juga termasuk dalam senarai negara yang dihalang daripada memasuki Mekah, namun masih belum ada mana-mana badan dan agensi yang mengeluarkan komen buat masa ini.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami