Ibadah

Apa Itu Neraka Wail Dan Maksudnya

Oleh Fizah Lee  •  21 Dec 2020  •  2 min baca

Ibadah solat tidak boleh dipandang ringan kerana ia adalah tiang agama. Ia adalah amalan utama yang akan dihisab kelak dan menggambarkan sejauh mana dekatnya kita dengan Allah.

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ، فَإِنْ صَلَحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

Maksud: “Perkara pertama yang akan dihisab pada diri seseorang pada hari akhirat daripada sekalian amalnya ialah solatnya. Jika solatnya benar (sempurna), maka jika baik solatnya, maka dia akan berjaya dan menang dan jika solatnya kurang (iaitu tidak benar), maka dia akan rugi dan menyesal.” (HR Tirmizi, no. 413)

Bagaimanapun, dalam solat, kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya. Ia bukan sekadar solat, ia adalah bentuk dan bukti ketaatan kita kepada Allah. Perhatikan perkara rukun dan syarat yang ditetapkan serta yang paling penting adalah dengan menghadirkan hati kepada Allah SWT secara sepenuhnya. Inilah yang dinamakan dengan khusyuk di dalam solat.

Mereka yang cuai, lalai dan bermain-main dalam solat sehingga mengabaikannya, disebutkan bahawa mereka adalah golongan pencuri di dalam solatnya.

Ada sebuah hadis yang disebutkan tentang perkara ini, iaitu:

Maksud: “Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab: “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad)

Dan Allah menyebut mengenai neraka Al-Wail, iaitu mereka yang lalai dan mencuri di dalam solatnya. Dikhabarkan dalam surah Al-Ma’un yang bermaksud:

Mafhum: “(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendutakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang Ahli sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.” (Surah Al-Ma’un, 107: 4-5)

Apa yang dimaksudkan dengan Al-Wail?

Ibnu Manzur RA menjelaskan bahawa ia bermaksud golongan yang terjerumus ke dalam kebinasaan.

Al-Wail bermaksud azab dan kebinasaan. Ia adalah kata yang digunakan oleh orang Arab untuk menyebut mengenai orang yang terjerumus ke dalam kebinasaan.

Manakala, dalam sebuah hadis sahih menyebut bahawa – “Wail adalah sebuah lembah di neraka jahannam.” (HR Ibnu Hibban, no. 7467)

Kesimpulan

Wail adalah sebuah tempat atau lembah di dalam neraka yang terkandung azab buat mereka yang lalai dan mencuri di dalam solatnya.

Justeru, jagalah perihal solat dan jangan memandang enteng akannya. Sentiasa hadirkan hati untuk khusyuk kepada Allah.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Mufti Wilayah Persektuan
Muslim.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami