Gaya Hidup

Antara Kesalahan Perlu Dielakkan Ketika Berjemaah Di Masjid

Oleh Fizah Lee  •  7 Jul 2020  •  2 min baca

Pembukaan masjid dan surau sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memberikan sedikit kelegaan kepada umat Islam walaupun ia masih lagi dibuka secara bersyarat dengan perlu mematuhi kapasiti dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pasti semua orang mengambil peluang ini untuk berpusu-pusu ke masjid dan surau bagi menunaikan solat berjemaah kerana rasa rindu dengan aktiviti tersebut yang sudah sekian lama tidak dilakukan.

Dalam usaha kita untuk kembali menghidupkan sunnah, adalah lebih baik untuk kita tidak melakukan kesalahan-kesalahan kecil sepanjang berada di masjid atau menunaikan solat secara berjemaah.

Antara kesalahan tersebut ialah;

#1 – Tidak Menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid

Maksud: “Dari Jabir bin ‘Abdullah, ia berkata, Sulaik Al-Ghathafani datang pada hari Jumaat dan Rasulullah SAW sedang berkhutbah. Lalu Sulaik masuk ke dalam masjid dan terus duduk. Baginda SAW kemudian berkata di tengah-tengah khutbahnya:

“Wahai Sulaik, berdirilah, lakukanlah solat dua rakaat. Kerjakanlah sekadar yang wajib saja dalam dua rakaat tersebut. Kemudian, ia berkata: “Jika salah seorang di antara kalian datang pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka lakukanlah solat dua rakaat. Namun, cukupkanlah dengan yang wajib saja.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 875)

#2 – Terburu-Buru Ke Masjid

Maksud: “Jika kalian mendengar iqamah, maka berjalanlah menuju solat. Namun, bersikap tenang dan khusyuk. Gerakan Imam yang kalian dapati, ikutilah. Sedangkan yang luput dari kalian, sempurnakanlah.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 636)

#3 – Tidak Memakai Pakaian Yang Elok

Mafhum: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang).” (Surah Al-A’raf, 7:31)

#4 – Tidak Meluruskan Saf

Maksud: “Aku tidak pernah melihat seseorang yang begitu besar perhatiannya terhadap saf melainkan Saidina Umar Al-Khattab. Ketika kami semua telah menghadap kiblat dan mula bertakbir, beliau masih menoleh ke belakang dan melihat bahu-bahu dan kaki-kaki kami. Terkadang, beliau mengutus seseorang untuk menertibkan jemaah hingga mereka semua saling menempel dalam saf solat.” (Kitab Al-Musannaf, 1/369)

#5 – Gerakan Yang Lebih Cepat Daripada Imam

Rasulullah SAW pernah memberi peringatan secara tegas kepada orang yang mendahului imam dalam solat.

أَمَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ

Apakah seseorang diantara kalian tidak takut apabila ia mengangkat kepalanya sebelum imam, Allah akan mengubah bentuknya menjadi bentuk keldai? (Muttafaq ‘Alaih)

Wallahu a’alam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami