Ibadah

Antara Doa Untuk Dikurniakan Rezeki Yang Tidak Putus

Oleh Fizah Lee  •  31 Dec 2020  •  2 min baca

Berada dalam ekonomi yang tidak menentu disebabkan pandemik yang masih lagi belum sembuh pasti menggusarkan hati kita.

Bagaimana jika bakal kehilangan kerja atau bagaimana jika sumber kewangan terputus atau bagaimana untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran diri; persoalan-persoalan ini pasti pernah menjengah di pemikiran anda.

Persaingan yang sengit ditambah pula dengan masalah yang melanda membuatkan kita perlu meletakkan usaha sebanyak 200 peratus agar nasib dan rezeki boleh menyebelahi diri sendiri.

Perkara inilah yang membuatkan manusia hari ini berlumba-lumba berjuang untuk meneruskan kehidupan walau dengan apa jua cara.

Usaha itu penting, namun kebergantungan kepada Allah juga amat penting kerana rezeki itu datang dariNya.

Disebabkan itu, dalam kita menabur usaha, yang paling penting juga untuk dilakukan adalah dengan berdoa.

Doa yang menjadikan diri kita semakin kuat dan tenang menghadapi ujian. Jangan ditinggalkan doa terutamanya doa untuk diberi rezeki yang melimpah ruah dan mencukupi.

Antara doa agar dikurniakan rezeki yang boleh diamalkan adalah:

#1 – Doa Berlindung Dari Kemiskinan

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْقِلَّةِ وَالذِّلَّةِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kefakiran, kemiskinan, kehinaan dan aku berlindung kepadaMu jangan sampai aku menzalimi atau dizalimi.” (HR Ahmad, no. 8053)

#2 – Doa Meminta Kecukupan Rezeki

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ وَرَبَّ الأَرْضِ وَرَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَىْءٍ فَالِقَ الْحَبِّ وَالنَّوَى وَمُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْفُرْقَانِ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَىْءٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهِ اللَّهُمَّ أَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَىْءٌ وَأَنْتَ الْبَاطِنُ فَلَيْسَ دُونَكَ شَىْءٌ اقْضِ عَنَّا الدَّيْنَ وَأَغْنِنَا مِنَ الْفَقْرِ

Maksud: “Ya Allah, tuhan yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Quran). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).

Ya Allah, Engkaulah yang awal, sebelumMu tiada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tiada sesuatu. Engkaulah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkaulah yang batin, tidak ada sesuatu yang luput dariMu. Lunasilah hutang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR Muslim, no. 2713)

#3 – Doa Meminta Rezeki Yang Halal

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksud: “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat (bagi diriku dan orang lain), rezeki yang halal dan amal yang diterima (di sisiMu dan mendapatkan ganjaran yang baik).” (HR Ibnu Majah, no. 925. Disahihkan oleh Al-Hafizh Ibnu Tahir)

#4 – Doa Dijauhkan Dari Harta Haram

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksud: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari bergantung pada selainMu.” (HR Tirmizi, no. 3563)

#5 – Doa Perbanyakkan Harta

اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي وَأطِلْ حَيَاتِي عَلَى طَاعَتِكَ، وَأحْسِنْ عَمَلِي وَاغْفِرْ لِي

Maksud: “Ya Allah, perbanyakkanlah harta dan anakku serta berkatilah kurnia yang Engkau beri. Panjangkanlah umurku dalam ketaatan padaMu dan baguskanlah amalku serta ampunilah dosa-dosaku.” (HR Bukhari, no. 1982)

Wallahu a’alam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami