Gaya Hidup

Allah Membuka Aib Bagi Pembuka Aib

Oleh Natirah Azira  •  18 Dec 2018  •  2 min baca

JIka Allah menampakkan segala keaiban dan kesalahan yang telah kita lakukan, mungkin tidak ada yang ingin mendekat. Ada pula yang memberi perumpamaan- jika dosa yang kita lakukan itu berbau, pasti tidak ada yang ingin menghampiri.

Namun, kerana Allah bersifat dengan sifat rahmah dan Maha Pengampun, Allah masih menutup keaiban semua orang yang melakukan kesalahan. Allah masih memberi peluang untuk setiap orang bertaubat dan meminta ampun. Kita tidak dibenarkan untuk membuka keaiban sendiri apatah lagi aib orang lain.

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُواعَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ

Dari Abu Barzah Al Aslami ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya.

Sebab siapa saja yang mencari-cari kesalahan orang lain, maka Allah akan mencari-cari kesalahannya. Maka siapa saja yang Allah telah mencari-cari kesalahannya, Allah tetap akan menampakkan kesalahannya meskipun ia ada di dalam rumahnya.” (Sunan Abu DaudNo: 4236) Status: Hadis Hasan

Allah itu adil dan sukakan keadilan. Keadilan Allah ada dalam semua perkara. Hadis di atas mengancam mereka yang suka mencari-cari kesalahan orang dan membuka keaiban orang lain yang telah Allah tutup – aib mereka juga akan dibuka oleh Allah walaupun mereka bersungguh-sungguh menyembunyikannya.

Jika ada yang melakukan dosa dan kesalahan dengan Allah sekalipun, yang perlu dilakukan oleh mereka bukanlah mengaku dan menceritakan keburukan diri sendiri kepada orang lain. Langkah yang paling tepat adalah bertaubat kepada Allah sahaja. Namun, lain pula jika dosa yang dilakukan berkait dengan hak manusia. Ianya perlu ditegakkan dan dibicarakan dengan adil.

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

“Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat.” (HR. Ibnu Majah)

Orang yang suka menyebarkan perihal kesalahan, masalah serta keaiban orang lain, sebenarnya tanpa disedari dia sedang memperlihatkan siapa dirinya yang sebenar. Semakin banyak aib yang disebarkan, maka semakin jelaslah keburukan diri sendiri.

Orang yang beriman wajib memelihara lisannya daripada mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan.

Rujukan:
Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Negeri Johor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami