Gaya Hidup

‘Addicted’ Dengan Telefon, Apa Akan Jadi Pada Minda Anda

Oleh Natirah Azira  •  2 Dec 2018  •  3 min baca

“Tengah makan guna telefon, tengah buat kerja periksa telefon, dalam tren guna telefon. Pemandangan yang biasa kan?”

Satu kajian yang dilakukan oleh Microsoft Canada mendapati bahawa pada tahun 2008, purata tempoh masa untuk seseorang memberi perhatian kepada suatu perkara tanpa terganggu adalah 12 saat. 5 tahun selepas itu, ianya menurun kepada hanya lapan saat sahaja, satu saat kurang daripada tempoh perhatian (attention span) seekor ikan emas. Mengejutkan!

Kita tidak dapat melakukan apa-apa dalam tempoh lapan saat. Kita tidak dapat berfikir dengan mendalam dan pemikiran kreatif sukar untuk berkembang.

Sama ada anda ingin percaya atau tidak, hakikatnya kadar pemerhatian kita memang semakin menurun. Kita sukar untuk fokus kepada suatu benda dalam tempoh yang lama, cepat marah, cepat stres dan cenderung kepada instant gratification atau dalam bahasa Melayunya ‘kepuasan segera’.

Pernah anda tertidur dalam keadaan memegang telefon, dan apabila bangun pagi, kepala anda sakit dan tidak berasa ‘segar’?

Dr Lynn Gribble dalam ucapannya menerangkan bahawa kekerapan memeriksa dan menatal skrin telefon dapat meningkatkan masalah kebimbangan (anxiety). Mengapa? Kerana aktiviti ini akan membuatkan minda anda sentiasa rasa sibuk, waspada dan akhirnya akan berasa penat.

Mata yang sentiasa menatap skrin telefon yang dipenuhi dengan data, gambar dan perkataan tidak ada masa untuk bertenang dan berehat.

Otak Hanya Dapat Fokus Dengan Baik Kepada Satu Kerja Dalam Satu Masa

Perkataan ‘multi-tasking’ sentiasa menjadi perkataan yang dibangga-banggakan. Kononnya, orang yang mampu melakukan banyak kerja dalam satu masa, ialah orang yang produktif dan menggunakan masa dengan sebaiknya. Namun bagaimana pula dengan kualiti kerja tersebut?

Ramai saintis telah melakukan kajian bahawa otak manusia hanya dapat fokus dengan baik kepada satu kerja sahaja dalam satu masa.

Kata seorang Neurosaintis, Earl Miller, “Manusia tidak dapat melakukan banyak kerja dengan baik dalam satu masa, mereka hanya diperdayakan oleh otak mereka”

Hakikatnya kita hanya melompat dari satu tugasan ke satu tugasan yang lain dengan kadar yang cepat. Hasilnya, kualiti tugasan berkurang kerana terpaksa membahagikan perhatian kepada dua kerja dalam satu masa.

Namun mujurlah perkara ini boleh diubah dengan latihan. Otak sebenarnya suatu organ yang bersifat fleksibel. Aktiviti neuron yang berlaku di dalamnya unik dan berubah-ubah. Ada beberapa perkara yang boleh kita amalkan untuk kembali meningkatkan fokus dan menajamkan fikiran.

1. Latih minda untuk fokus kepada kerja dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 minit tanpa gangguan.

2. Kemudian, ambil masa untuk berehat beberapa minit dan sambung semula 20 minit.

3. Susun prioriti tugasan supaya tidak bercampur.

4. Membaca buku yang sebenar (bukan buku elektronik).

5. Fokus kepada apa yang anda lakukan tanpa gangguan telefon (contohnya ketika makan dan berbual dengan rakan).

Anda akan teruja bagaimana aktiviti ringkas ini dapat menjadikan kerja anda lebih berkualiti, proses berfikir secara kreatif dapat berkembang dan anda dapat berfikir dengan lebih mendalam.

Kita adalah pengguna teknologi, bukan digunakan oleh teknologi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami