Hukum

Adakah Nanah Termasuk Najis Yang Membatalkan Solat

Oleh Fizah Lee  •  19 Nov 2020  •  2 min baca

Nanah adalah cairan berwarna putih kekuningan atau kuning kecoklatan sebagai hasil reaksi sistem imun tubuh ketika anda melawan jangkitan. Jangkitan tersebut akan menyebabkan bakteria masuk ke dalam badan anda melalui kulit yang luka.

Cairan nanah mengandungi protein dan sel darah putih mati. Cara untuk merawatnya adalah bergantung kepada tahap keseriusan jangkitan tersebut.

Nanah tidak berbahaya jika boleh dikawal dan ia juga mudah untuk dirawat. Namun, menjadi persoalan di sini ialah adakah ia najis dan bagaimana dengan mereka yang mempunyai nanah, adakah sah ibadah wajibnya?

Dalam hal ini, ulama berpendapat bahawa ia adalah najis, namun termasuk dalam kategori najis yang dimaafkan.

Najis yang dimaafkan ialah najis yang tidak memberi mudarat kepadanya. Sebagai contoh, najis yang ada pada luka (yang sukar dibersihkan), maka ia termasuk dalam kategori yang dimaafkan. Maka, solatnya adalah sah.

Namun, jika najis itu banyak sehingga meleleh dari kawasan luka tersebut dan menyebabkan kawasannya juga terjejas, maka ia adalah memudaratkan dan solatnya tidak sah. Ini tidak termasuk dalam kategori yang tidak dimaafkan.

Al-Mughni melalui kitabnya berkata – “Nanah dan segala keturunan darah darah, hukumnya adalah seperti darah. Imam Ahmad pula menyebut bahawa ia adalah lebih ringan daripada darah.” Perkara ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar dan Hasan al-Basri bahawa mereka berdua tidak menganggap sama antara nanah dan darah.” (al-Mughni, 1/762)

Ibnu Qayyim pula membahaskan daripada keterangan Imam Ahmad – “Darah dan nanah adalah tidak sama. Umum ketahui bahawa darah adalah najis, namun untuk nanah masih terdapat kekeliruan padanya dan ia masih diperselisihkan ulama. Menurutku, nanah lebih ringan daripada darah.” (Ighatsah al-Lahafan, 1/151)

Kesimpulan

Justeru, dalam hal ini jelas kita faham bahawa jika nanah itu sedikit dan tidak mengalir, maka ia termasuk dalam kategori yang dimaafkan. Maka, solat yang dilakukan adalah sah.

Walau bagaimanapun, jika nanah tersebut pecah dan mengalir, maka solat yang dilakukan adalah tidak sah.

Jadi, seseorang itu perlu membersihkan nanah terlebih dahulu untuk membolehkannya menunaikan solat dan ibadah lain dengan baik.

Hal ini kerana, salah satu syarat sah menunaikan ibadah wajib adalah suci daripada najis.

Sumber:
Ustaz Azhar Idrus – Najis Yang Dimaafkan
Kajian Mengenai Nanah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami