Hukum, Keluarga

Adakah Masih Disunatkan Akikah Pada Bayi Yang Meninggal Dunia

Oleh Fizah Lee  •  8 Dec 2020  •  2 min baca

Akikah merupakan salah satu hadiah terbesar daripada orang tua kepada anaknya dengan menyembelih haiwan ternakan tertentu. Ia adalah sebagai salah satu tanda syukur kita di atas kelahiran anak.

Hukumnya adalah sunat dan ia merupakan perbuatan Baginda SAW yang dituntut ke atas seseorang yang telah menerima kelahiran cahaya mata dan tarikh yang terbaik adalah pada hari ketujuh kelahiran.

Bagaimanapun, adakah hukum sunat tersebut masih sama dengan bayi yang telah meninggal dunia?

Dalam hal ini, mengikut penerangan daripada Mufti Wilayah, ada dua situasi, iaitu:

#1 – Bayi yang meninggal sebelum hari ketujuh kelahiran – Mazhab Syafi’e menyebut bahawa sunat akikah ke atas bayi tersebut.

Namun, menurut Imam Hasan Al-Basri dan Imam Malik, hukum sunat telah gugur dan tidak perlu diakikahkan.

Tetapi, pendapat terkuat menyebut (rajih) adalah sunat juga untuk melakukan akikah ke atasnya.

#2 – Bayi yang meninggal selepas hari ke-7 kelahirannya – Sunat diakikahkan ke atasnya setelah dia (ibu bapa) berkemampuan ke atasnya (melaksanakan akikah).

Justeru, menurut penjelasan yang diberikan, hukum akikah bayi yang telah meninggal dunia adalah sunat sama ada meninggal sebelum atau selepas 7 hari kelahiran.

Adapun, waktu akikahnya adalah tidak terhad. Boleh sahaja dilakukan pada bila-bila masa.

Namun, jika ibu bapa tidak ingin melakukan akikahnya, itu juga adalah tidak mengapa kerana hukumnya adalah sunat.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami