Eksklusif, Ibadah

#93 – Tips Solat; Terus Ganti Solat Jika Tertinggal

Oleh Fizah Lee  •  24 Dec 2020  •  2 min baca

Bukan mudah untuk menjaga solat terutamanya buat mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan solat. Jika anda adalah insan yang tergolong dalam golongan ini, ketahuilah bahawa anda adalah manusia yang paling bertuah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk merasai nikmat menunaikan solat.

Ada orang yang baru mula bertatih menunaikan solat apabila menjelang usia remaja. Ada juga yang sudah diberi penekanan awal sejak zaman kanak-kanak lagi. Namun, ada yang bersolat apabila sempat sahaja.

Perkara itu perlu diubah dan tidak boleh dipandang ringan kerana solat adalah amalan utama yang akan menjadi akar kepada kehidupan kita. Bayangkan hidup anda dibina tanpa akar, bagaimana pohon akan tumbuh, apatah lagi buah dan daunnya.

Jadi, mulakan langkah anda dari sekarang. Jangan pernah merasa anda sudah terlalu jauh dengan tuhan sehinggakan Dia sudah tidak mahu memandang anda lagi.

Sedangkan, Allah sentiasa membuka pintu rahmat dan taubatNya kepada setiap hambaNya pada setiap waktu sehinggalah dunia ini sudah hampir berada di penghujungnya.

Pasti setiap kali anda memulakan langkah awal, ia dirasakan sedikit sukar kerana ia bukan tabiat yang sering dilakukan.

Namun, jika dibiasakan diri, lama-kelamaan anda sendiri yang akan rasa sukar untuk meninggalkan tabiat tersebut.

Hanya perlu memulakan langkah untuk menunaikan solat sahaja. Tetapi kadang-kadang pasti ada masanya tertinggal solat secara tidak sengaja.

Contohnya terbangun lambat untuk menunaikan Subuh atau tertidur pada waktu tengah hari.

Tipsnya mudah sahaja, segera ganti solat pada saat anda teringat akan solat yang tertinggal itu. Jangan ditangguh waktu menggantikannya sehingga ke suatu masa yang tidak pasti.

Apabila anda bertangguh, ia akan menjadi alasan untuk menjemput kembali tabiat anda meninggalkan solat.

Lama kelamaan, anda sendiri akan terbiasa dan semoga akhirnya kita boleh menunaikan solat tanpa perlu menggantikannya lagi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami