Eksklusif, Inspirasi

#91 – Keindahan Sementara, Bagai Bunga Yang Dipetik Kemudian Layu

Oleh Fizah Lee  •  22 Dec 2020  •  2 min baca

Apabila anda berada di taman bunga, apa gambaran pertama yang akan keluar dari mulut anda? Pasti mengenai keindahan dan pesonanya yang menawan, bukan?

Kemudian, anda petik bunga tersebut sekuntum untuk dibawa pulang. Apa yang akan jadi terhadap bunga tersebut selepas tiga hari? Pasti ia akan cepat layu jika tidak dijaga dengan baik.

Kemudian, selepas seminggu, pasti keadaannya sudah buruk, tidak sama seperti waktu kali pertama anda melihatnya di taman bunga.

Apa yang boleh dilakukan? Akhirnya, anda akan membuangnya kerana ia sudah tidak cantik seperti sedia kala.

Namun, apa bezanya dengan bunga-bunga yang masih di taman dan tidak dipetik oleh tangan-tangan manusia, tetapi tetap dijaga rapi oleh pemiliknya?

Ia masih kekal cantik dan akan membesar menjadi bunga yang boleh menyinari hati siapa sahaja.

Begitulah perumpamaan bunga dengan kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini. Apabila kita melihat perkara yang indah, pasti kita ingin ‘mempunyainya’ sedangkan diri sendiri tidak yakin adakah mampu untuk mengharunginya.

Penulis bawakan satu contoh; sekarang ini musim perkahwinan, ramailah pula dari kalangan kenalan kita yang berkahwin dan menghebahkannya di media sosial.

Jadi, pasti anda terutamanya yang masih bujang membuak-buak juga perasaan untuk melangsungkan perkahwinan kerana melihat keindahannya.

Namun, anda sendiri tidak yakin dengan perasaan sendiri atau dari segi ilmu dan agama juga masih belum bersedia sepenuhnya.

Berbeza dengan orang yang mempunyai ilmu untuk menjaga bunga yang dipetik, pasti insan tersebut akan menjaganya dengan baik. Atau, bunga tersebut tidak akan dibuang sebaliknya akan dikeringkan agar boleh disimpan dengan lebih lama dan digunakan sebagai perhiasan atau penanda buku dan sebagainya.

وَلَا تَمُدَّنَّ عَيْنَيْكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعْنَا بِهِ أَزْوَاجًا مِّنْهُمْ زَهْرَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا لِنَفْتِنَهُمْ فِيهِ

Mafhum: “Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya.” (Surah Taha, 20:131)

Kesimpulannya di sini ialah, di sebalik keindahan yang anda lihat di hadapan mata, seharusnya anda juga melihat akan kepayahan dan pengorbanan yang perlu dilakukan sebagai langkah untuk bersedia dengan perkara yang akan dilakukan.

Anda tidak boleh memilih keindahan tersebut hanya kerana orang lain juga mempunyainya, tetapi, tanyalah pada diri anda setakat mana kemahuan dan juga kemampuan diri sendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami