Eksklusif, Tokoh

#89 – Mengenang Prof Diraja Ungku Abdul Aziz, Tokoh Inspirasi Negara

Oleh Fizah Lee  •  20 Dec 2020  •  3 min baca

Negara masih lagi dibayangi kepiluan dan kesedihan dengan pemergian almarhum Diraja Ungku Abdul Aziz. Setiap kebaikan dan jasa yang pernah beliau curahkan masih lagi tersemat erat pada fikiran dan hati kita.

Pasti, jasanya yang begitu besar telah meninggalkan seribu satu manfaat buat seluruh insan yang menerimanya.

Siapa Beliau

Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz merupakan cendekiawan tersohor negara yang telah menjadi inspirasi kepada generasi hari ini.

Allayarham merupakan keturunan kerabat Diraja Johor dan satu-satunya anak Melayu yang telah diberi gelaran Profesor Diraja oleh Agong.

Beliau telah dilahirkan pada 28 Januari 1922 di Hampstead, London. Bapanya ialah Ungku Abdul Hamid Ungku Abdul Majid yang merupakan seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC) dan ibunya, Hamidah binti Abdullah yang merupakan rakyat Turki yang beragama Islam.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Pahat. Seterusnya, beliau menyambung pendidikan menengah di English College, Johor Bahru.

Kemudian, beliau telah memperoleh Diploma in Arts daripada Raffles College, Singapore pada tahu 1947 sebelum mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Ekonomi). Pada tahun 1964, beliau pula telah berjaya meraih Ijazah Doktor Falsafah dalam jurusan Ekonomi di Universiti Waseda, Tokyo.

Pada tahun 1952, beliau mula menceburi bidang akademik sebagai pensyarah dalam bidang Ekonomi di Universiti Malaya. Seterusnya, beliau telah dilantik sebagai profesor dan Ketua Jabatan Ekonomi selama lima tahun sebelum memegang jawatan Dekan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran pada tahun 1965 hingga 1968.

Beliau juga telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan pustaka (DBP) kerana usahanya untuk memartabatkan Bahasa Melayu tidak pernah luntur.

Beliau turut menempa nama apabila telah berjaya dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya pada tahun 1968. Sejarah menyebut bahawa beliau merupakan Naib Canselor yang paling lama berkhidmat.

Beliau telah dianugerahkan pelbagai anugerah kehormat bukan sahaja daripada institusi tempatan, malah juga antarabangsa.

Hal ini kerana, sumbangannya kepada negara telah memberi manfaat terhadap orang awam dalam segenap lapisan masyarakat.

Sepanjang hayatnya, beliau telah menulis lebih daripada 50 buah buku yang memfokuskan kepada bidang ekonomi dan sosial.

Dapatan daripada kajian dan penulisannya sehingga ke hari ini telah memberi motivasi dan panduan kepada para pengkaji dan penuntut ilmu untuk berfikir dan mencetuskan idea.

Antara sumbangan terbesar beliau adalah dengan terasasnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji pada tahun 1969 yang memberi kemudahan kepada golongan bumiputera untuk menunaikan haji di Makkah.

Di sinilah dapat dilihat pertumbuhan ekonomi umat Islam berkembang pesar di seluruh dunia.

Kesimpulan

Banyak tinggalan beliau yang menjadi rujukan dan manfaat kepada semua sehingga ke saat ini.

Walaupun kita telah kehilangan salah satu permata besar negara, namun sinarnya masih lagi menyinari kita sehingga ke hari ini untuk membantu menyuluh kehidupan kita.

Perginya Allayarham pada 15 Disember 2020 masih lagi dikenang sehingga kini. Al-Fatihah (dibaca).

Rujukan:
Berita Harian


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami