Eksklusif, Keluarga

#88 – Asas Kebahagiaan Rumah Tangga – Bagaimana Dengan Peranan Isteri

Oleh Fizah Lee  •  19 Dec 2020  •  2 min baca

Sebelum ini, Tzkrh pernah berkongsi mengenai peranan suami terhadap asas kebahagiaan rumah tangga menurut perspektif Imam Nawawi.

Kali ini, Tzkrh tertarik untuk berkongsi tentang peranan isteri pula sebagai suri teladan rumah tangga.

Isteri disebut sebagai sayap kanan terhadap rumah tangga, sama juga dengan istilah tulang belakang kepada suami.

Jika suami dianggap sebagai tulang belakang dan tonggak kepada rumah tangga, maka isteri adalah salah satu sumber kekuatan buat si suami.

Apabila berbicara soal perkahwinan, masing-masing perlu sedar bahawa suami dan isteri menggalas tanggungjawab yang besar terhadapnya.

Berat tanggungjawab seharusnya dikongsi bersama. Itulah yang akan membawa kepada keharmonian dan cara untuk memahami pasangan.

Dan masing-masing juga perlu faham bahawa tiada tugas yang lebih berat di antara pasangan. Jadi, tidak perlu membanding-bandingkan kepenatan mahupun beban yang dipegang.

Berbalik kepada pendapat Imam Nawawi mengenai peranan seorang isteri dalam membentuk kebahagiaan rumah tangga, terdapat tiga aspek penting yang ditekankan, iaitu:

#1 – Memenuhi keperluan asas perkahwinan

Keperluan asas perkahwinan seperti cinta, kasih sayang dan tanggungjawab isteri perlu dilaksanakan dengan baik. Menurut Imam Nawawi, kebahagiaan rumah tangga mampu bertahan jika isteri mampu memberi kasih sayang kepada suami di setiap kelebihan dan kekurangannya.

Ertinya di sini ialah isteri perlu menjadi penyokong utama buat suami dan saling memberi pendapat antara satu sama lain.

#2 – Pembantu pemimpin rumah tangga

Bukan lelaki sahaja yang perlu bekerja keras menyara keluarga. Isteri juga begitu. Namun, ia perlu dilakukan berdasarkan kemampuan masing-masing.

Jika suami bekerja, isteri bantulah dari sudut kerja rumah dan mendidik anak-anak. Jika masing-masing bekerja, tugas dan tanggungjawab rumah juga tidak boleh diabaikan.

Ia perlu dibahagikan dengan baik mengikut budi bicara masing-masing.

#3 – Mendapat keredaan suami

Imam Nawawi berpendapat bahawa wanita yang bergelar isteri mempunyai kedudukan yang mulia dan amat mudah untuk kaki mereka melangkah ke syurga apatah lagi jika bergelar ibu.

Justeru, berbincang dan amalkan komunikasi yang betul dengan suami anda untuk sentiasa mewujudkan persefahaman dan mencari jalan penyelesaian di atas setiap perkara yang berlaku.

Suami dan isteri, masing-masing merupakan tonggak utama dalam mengekalkan kebahagian rumah tangga.

Justeru, lihatlah kepada ilmu dan ambil pengajaran daripada sekeliling untuk mendalami lebih lagi mengenai perihal kebahagiaan rumah tangga kerana ia adalah perkara yang perlu dijaga setiap hari.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami