Eksklusif, Ibadah

#87 – Muat Turun Aplikasi Smart Quran Yang Diiktiraf Oleh JAKIM

Oleh Fizah Lee  •  18 Dec 2020  •  2 min baca

Salah satu perkara yang menjadi keraguan kepada umat Islam apabila ingin melaksanakan ibadah secara mudah dan ringkas melalui digital adalah status kesahihannya.

Jika sebelum ini, kita dimomokkan dengan berita Al-Quran yang disalah cetak atau wujud kesalahan pada tanda baca, begitulah juga kita perlu berhati-hati dalam memilih bahan untuk beribadah.

Sama juga dengan pemilihan aplikasi Al-Quran. Pasti kita ingin memilih aplikasi yang terbaik dan diiktiraf. Justeru, kali ini Tzkrh ingin berkongsi sebuah aplikasi mudah, ringkas dan sahih yang juga diiktiraf JAKIM, iaitu Smart Quran.

Aplikasi Smart Quran merupakan inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Salah satu fakta menarik mengenainya adalah ia merupakan aplikasi Al-Quran mudah alih pertama yang telah diluluskan oleh Lembaga Perlesenan dan kawalan Percetakan Al-Quran di bawah KDN.

Antara fungsi dan keistimewaan aplikasi ini adalah:

#1 – Anda boleh memilih tetapan bahasa sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

#2 – Teks ayat Al-Quran juga menggunakan format yang rasmi dengan Rasm Uthmani.

#3 – Susunan ayat dan muka suratnya adalah sama dengan mushaf Rasm Uthmani yang digunakan. Jadi, tiada masalah untuk anda mencari muka surat atau ayat yang ingin dibaca.

#4 – Terdapat pengenalan ringkas sebelum anda membuka sesebuah surah seperti; makluman surah itu diturunkan, jumlah ayat yang ada, serta menceritakan mengenai kesimpulan ringkas tentang surah tersebut.

#5 – Anda boleh membaca terjemahan dari tafsir bagi setiap ayat mengikut tetapan bahasa yang dipilih.

#6 – Selain itu, anda juga boleh mendengar audio bacaan dari imam-imam besar seperti Syeikh Abdullah Ibn Ali Basfar (Imam Masjid Jamek Jeddah), Sheikh Ali Abdul Rahman Al-Huzaifi, Sheikh Ibrahim Al-Akhdar (bekas Imam Masjid Nabawi) dan Syeikh Mohammed Ayoub (bekas Imam Masjid Nabawi).

#7 – Audio tersebut juga boleh dimuat turun dari muka surat ke muka surat mengikut suara imam pilihan masing-masing.

#8 – Terdapat juga bahagian Juzuk yang membahagikan surah mengikut juzuk.

#9 – Anda juga boleh membuat tandaan bagi halaman atau surah.

#10 – Terdapat butang carian untuk memudahkan anda mencari secara terus surah atau juzuk yang diingini.

#11 – Ia memperkenalkan ciri antarmuka yang mudah dan ringkas untuk anda membaca Al-Quran. Selain itu, dibekalkan juga mod gelap untuk membantu anda membaca Al-Quran pada setiap waktu.

Jadi, sekarang anda sudah boleh membaca dan mendalami Al-Quran tanpa ragu melalui aplikasi ini.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di:

Buat Pengguna iOS: Smart Quran
Buat Pengguna Android: Smart Quran

Sumber:
JAKIM – Smart Quran


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami