Ibadah

8 Sebab Mengapa Masjid Adalah Tempat Yang Istimewa

Oleh Natirah Azira  •  21 Apr 2019  •  4 min baca

Sejak daripada zaman Nabi SAW, masjid adalah tempat kesatuan yang sering menjadi tumpuan umat Islam untuk melakukan ibadah solat, mendapatkan ilmu dan perkongsian, berbincang dan lain-lain. Pada zaman kini, masjid semakin berubah wajah namun fungsinya masih sama. Biasanya jika tiba sahaja hari Jumaat, bulan puasa, atau hari raya, masjid akan penuh dan kemeriahannya terasa.

Rasulullah SAW juga banyak menekankan tentang kepentingan masjid dalam hadis-hadis yang disampaikan baginda. Apa keistimewaan masjid yang sebenarnya? Berikut kami bawakan koleksi hadis tentang keistimewaan masjid kepada anda.

#1- Orang Yang Berada Di Masjid Didoakan Para Malaikat

“Dari Al A’masy dari Abu Solih dari Abu Hurairah katanya; Rasulullah SAW bersabda: “Solat seorang lelaki dengan berjamaah melebihi dua puluh tujuh darjat dari solat seseorang yang dikerjakan di rumahnya dan di pasar.

Hal demikian itu kerana bila salah seorang diantara mereka berwuduk dengan memperelokkan wuduknya, lalu mendatangi masjid dengan tidak ada tujuan lain yang mendorongnya kecuali untuk solat, maka tidaklah ia melangkah satu langkah, kecuali akan ditinggikan darjatnya dan langkah seterusnya dihapus kesalahannya, hingga ia masuk masjid, Jika dia telah memasuki masjid, maka dia akan dikira dalam keadaan solat selagi dia berada di tempat solatnya, dan para malaikat akan mendoakannya selama dia masih berada di tempat yang ia gunakan untuk solat:

“Ya Allah, rahmatilah dia, Ya Allah, ampunilah dia, Ya Allah maafkanlah dia, ” selama ia tidak melakukan gangguan dan belum berhadas.” (HR Muslim No. 1059 – Status Hadis Sahih)

#2- Tempat Yang Paling Allah Sukai Ialah Masjid

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مِهْرَانَ مَوْلَى أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا

Dari Abdurrahman bin Mihran, mantan budak Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Lokasi yang paling Allah cintai adalah masjid, dan lokasi yang paling Allah benci adalah pasar.” (HR Muslim No. 1076 – Status Hadis Sahih)

#3- Allah Menyediakan Singgahan Di Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari.” (HR Muslim No. 1073 – Status Hadis Sahih)

#4- Mendapat Naungan Allah Di Akhirat

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: …. seorang yang hatinya terikat kepada masjid. (HR Bukhari – 660)

#5- Mendapat Ganjaran Solat Lebih Banyak

عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ

Dari Abu Musa berkata, “Nabi SAW bersabda: “Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh (jarak rumahnya ke masjid), kerana paling jauh dalam perjalanannya menuju masjid. Orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur.” (HR Bukhari No. 614 – Status Hadis Sahih)

#6- Ganjaran Pergi Dan Pulang Dari Masjid

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَجُلٌ لَا أَعْلَمُ رَجُلًا أَبْعَدَ مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْهُ وَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ صَلَاةٌ قَالَ فَقِيلَ لَهُ أَوْ قُلْتُ لَهُ لَوْ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الظَّلْمَاءِ وَفِي الرَّمْضَاءِ قَالَ مَا يَسُرُّنِي أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ يُكْتَبَ لِي مَمْشَايَ إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أَهْلِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ جَمَعَ اللَّهُ لَكَ ذَلِكَ كُلَّهُ

Dari Ubay bin Kaab katanya; Ada seorang lelaki yang setahuku tidak ada lagi yang lebih jauh (rumahnya) dari masjid, dan ia tidak pernah ketinggalan dari solat. Kemudian ada orang berkata padanya atau aku sendiri (Ubay) yang berkata padanya:

“Bagaimana sekiranya kamu membeli keldai untuk kamu naiki ketika gelap atau ketika panas terik? Lelaki itu menjawab; “Aku tidak ingin rumahku berdekatan masjid, sebab aku ingin langkahku ke masjid dan langkahku ketika pulang ke rumah semua dicatat.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mencatat untukmu seluruhnya.” (HR Muslim No. 1065 – Status Hadis Sahih)

#7- Boleh Berwuduk Di Rumah Kemudian Menuju Masjid

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ تَوَضَّأَ لِلصَّلَاةِ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ فَصَلَّاهَا مَعَ النَّاسِ أَوْ مَعَ الْجَمَاعَةِ أَوْ فِي الْمَسْجِدِ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ذُنُوبَهُ

Dari Uthman bin Affan dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berwuduk untuk solat, lalu menyempurnakan wuduknya, kemudian berjalan menuju solat yang fardu, lalu dia melaksanakannya bersama manusia, atau bersama jamaah, atau di masjid, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya.” (HR Muslim No. 341 – Status Hadis Sahih)

#8- Kelebihan Saf Pertama Dan Bersolat Di Masjid

Kelebihan Saf Pertama dan Solat Berjemaah Di Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Seandainya manusia mengetahui (kebaikan) apa yang terdapat pada panggilan solat dan saf pertama lalu mereka tidak dapat meraihnya melainkan dengan mengundi tentulah mereka akan mengundinya.

Seandainya mereka mengetahui apa yang terdapat dengan bersegera melaksanakan solat tentulah mereka akan berlumba untuk melakukannya dan seandainya mereka mengetahui apa yang terdapat pada ‘Atmah (solat Isya’) dan Subuh tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dengan cara merangkak”. (HR Bukhari No. 2492 -Status Hadis Sahih

Bagi menutup artikel pada kali ini, dibawakan kisah tentang Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah. Beliau merupakan seorang ketua hakim di Syam. Kata beliau : Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid). Semoga kita juga menjadi umat yang hatinya dekat dengan masjid, InsyaAllah.

Sumber: 1 Hari 1 Hadis oleh Pertubuhan Ikram Negeri Johor
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami