Gaya Hidup, Ibadah

8 Aplikasi Waktu Solat Alternatif Untuk Muslim Pro

Oleh Fizah Lee  •  17 Nov 2020  •  4 min baca

Muslim Pro merupakan salah satu aplikasi yang sangat popular dan telah dimuat turun lebih 98 juta pengguna di seluruh dunia.

Bagaimanapun, berikutan dengan berita penjualan data pengguna mereka kepada tentera Amerika Syarikat (A.S), kerisauan ini timbul sekali gus menyebabkan pengguna membuat keputusan untuk tidak menggunakannya.

Namun, tahukah anda sebenarnya terdapat pelbagai lagi aplikasi berguna bagi dijadikan alternatif lain untuk menggantikan aplikasi ini.

Antara yang mendapat ulasan baik daripada pengguna adalah:

#1 – My Solat

Aplikasi ini turut memberikan anda kemudahan untuk memeriksa waktu solat yang tepat berdasarkan lokasi yang sedang berada selain menunjukkan kemudahan carian kiblat.

Apa yang menariknya melalui aplikasi ini adalah, ia turut menunjukkan masjid-masjid yang berada di seluruh Malaysia untuk memudahkan anda membuat carian serta mengetahui kemudahan yang ada di setiap masjid.

Ia juga turut membekalkan infografik dan video menarik untuk maklumat semasa mengenai solat dan keagamaan.

Selain yang ditawarkan adalah artikel-artikel menarik mengenai solat sebagai panduan dan rujukan, hadis dan doa yang boleh diamalkan, kalendar dan takwim hijrah serta kiraan zikir harian.

Pautan aplikasi: mySolat

#2 – Waktu Solat Malaysia

Aplikasi ini juga membekalkan waktu solat yang tepat dan arah kiblat berdasarkan lokasi keberadaan anda.

Selain itu, ia turut memudahkan anda dengan menyediakan surah serta juz Al-Quran yang boleh dibaca selain zikir dan wirid yang boleh diamalkan selepas solat.

Antara yang menarik ialah anda boleh melihat senarai masjid yang tersedia dan berdekatan anda selain cadangan restoran berdekatan dengan jarak dan lokasi yang dinyatakan.

Pautan aplikasi: Waktu Solat Malaysia

#3 – Waktu Solat Malaysia – JAKIM

Aplikasi ini merupakan salah satu inisiatif yang diambil dari laman web rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pengguna boleh memilih lokasi berdasarkan negeri dan lokasi untuk melihat waktu solat dan juga arah kiblat.

Antarmukanya yang mudah membantu anda untuk mendapatkan waktu solat yang tepat selain membekalkan zikir dan doa-doa ringkas yang boleh dibaca.

Pautan aplikasi: Waktu Solat Malaysia – JAKIM

#4 – Waktu Solat Malaysia

Aplikasi ini tersedia buat pengguna di Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan London Central Mosque.

Ia membekalkan notifikasi untuk waktu solat serta arah kiblat yang tepat berdasarkan lokasi anda. Selain itu, anda juga boleh membuat carian masjid dan surau yang terdekat selain doa dan zikir yang boleh diamalkan.

Antara yang menarik ialah ia menawarkan pemberitahuan peristiwa-peristiwa penting berdasarkan tarikh Islam seperti Israk Mikraj, Maulidur Rasul dan awal Muharram.

Pautan aplikasi: Waktu Solat Malaysia

#5 – Prayer Times Malaysia

Aplikasi ini direka khusus untuk dapatkan waktu solat Malaysia dan membolehkan anda memilih azan kegemaran anda sendiri sebagai bentuk notifikasi.

Ia juga boleh membantu anda mendapatkan arah kiblat yang tepat selain mencari masjid yang berdekatan dengan jarak yang ditunjukkan.

Antara yang turut dibekalkan adalah Al-Quran, doa harian serta kalendar untuk memudahkan anda mendapatkan informasi semasa.

Pautan aplikasi: Prayer Times Malaysia

#6 – Iman: Solah, Azan & Qibla

Untuk pengguna iOS juga, anda boleh dapatkan aplikasi ini yang turut menyertakan waktu solat dan arah kiblat.

Anda juga boleh membuat carian lokasi masjid dan restoran halal terdekat. Selain itu, ia turut membekalkan doa harian ringkas yang boleh diamalkan serta bacaan Al-Ma’thurat dan senarai Asmaul Husna.

Pautan aplikasi: Iman: Solah, Azan & Qibla

#7 – Muslim Assistant

Aplikasi ini juga ditawarkan untuk pengguna iOS yang turut membekalkan notifikasi waktu solat serta arah kiblat yang tepat berdasarkan lokasi yang dimasukkan.

Apa yang menariknya ialah ia turut membekalkan anda mesej berkenaan kata-kata hikmah serta hadis apabila menjelangnya hari Jumaat sebagai peringatan tibanya penghulu segala hari.

Pautan aplikasi: Muslim Assistant

#8 – Huda, Prayer Times, Qibla, Doa

Aplikasi ini juga sesuai untuk pengguna iOS yang boleh membantu anda mendapatkan waktu solat serta arah kiblat yang tepat. Data yang diambil adalah rasmi daripada negara yang ditawarkan, iaitu JAKIM (Malaysia), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS Singapura) dan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU Brunei).

Selain itu, ia turut menawarkan carian masjid terdekat untuk anda serta doa harian ringkas yang boleh diamalkan.

Apa yang menariknya adalah anda boleh sesuaikan aplikasi ini berdasarkan tema yang digemari.

Pautan aplikasi: Huda – Prayer Times, Azan, Qibla & Duas

Kesimpulan

Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun oleh anda berdasarkan kesesuaian dan keselesaan yang diingini untuk menggantikan Muslim Pro.

Penawarannya yang menarik dan pelbagai boleh membantu memudahkan anda untuk beribadah serta menjadikan anda lebih bersemangat dalam usaha menjadi muslim yang terbaik.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami