Eksklusif, Gaya Hidup

#79 – Perhatikan Sebab Mengapa Ilmu Tidak Berkat

Oleh Fizah Lee  •  10 Dec 2020  •  3 min baca

Apa tujuan utama anda menuntut ilmu? Adakah kerana Allah atau sekadar tuntutan garis masa yang perlu dipenuhi?

Dari umur 7 sehingga 12 tahun, anda perlu menghadiri sekolah rendah, kemudian disambung pula dengan sekolah menengah sehingga berusia 17 tahun. Tidak cukup dengan itu, jika punya rezeki, kita akan memasuki alam universiti selama empat ke lima tahun.

Perjalanan menuntut ilmu bukan mudah dan pendek. Ia sebuah perjalanan yang cukup panjang dan penuh dengan liku. Sesetengah orang langsung tiada peluang untuk menghadiri alam persekolahan apatah lagi universiti. Jadi, buat anda yang berkesempatan, hargailah ia dan bersyukurlah dengan peluang tersebut.

Bersyukur ialah salah satu cara untuk meraih keberkatan dari Allah. Setiap apa yang kita lakukan, pasti kita inginkan keberkatan kerana ia yang boleh menyebabkan ilmu itu sentiasa berkembang dan membina diri.

Apa penyebab sesetengah ilmu itu tidak berkat?

#1 – Perhatikan Niat Anda

Menuntut ilmu perlu ikhlas kerana Allah. Manusia menuntut ilmu agar ia boleh membaiki ketamadunan dirinya ke arah yang lebih maju.

Sombong atau berbangga dengan ilmu tidak akan menjadikan seseorang itu maju sebaliknya hanya selesa dan tersekat di tempat yang sama kerana merasakan diri sudah cukup.

Sufyan Ats-Tsauri berkata – “Tidaklah aku berusaha untuk merawat sesuatu yang lebih berat, iaitu dengan meluruskan niatku kerana niat itu sentiasa berbolak-balik.” (Jami’ Al-Ulum wal hikam, hal. 18)

#2 – Adab Yang Tidak Dijaga

Adab ialah perkara kedua yang perlu dinilai selepas niat. Tidak perlu lihat jauh-jauh, periksa terlebih dahulu bagaimana adab anda terhadap guru.

Adakah anda seorang yang menghormati guru dengan sentiasa menghadiri kelasnya atau tidak bercakap buruk perihalnya di belakang mereka?

Bagaimana pula dengan adab anda terhadap ilmu? Adakah anda seorang yang menjaga tatasusila terhadap ilmu dengan baik?

Semua itu perlu diperiksa kembali dan jangan memandang remeh akan perkara itu kerana ia boleh memberi kesan kepada kehidupan anda.

#3 – Kedekut Terhadap Ilmu

Mungkin anda pernah mendengar ungkapan – “semakin kita memberi, semakin banyak yang akan datang.”

Ungkapan ini juga amat sesuai dengan ilmu. Semakin anda mengajarkan ilmu, maka semakin banyak sebenarnya ilmu yang anda akan ada.

Bagaimana caranya? Salah satunya ialah tuhan akan melimpahkan kefahaman buat anda dalam menuntut ilmu. Tidak semua orang diberi nikmat mudah memahami ilmu yang dipelajari.

#4 – Sombong Dengan Ilmu

Jadilah seperti resmi padi yang semakin berisi, semakin menunduk. Semakin banyak ilmu yang anda peroleh, ia seharusnya menjadikan anda sebagai seorang insan yang lebih mulia dengan sifat kerendahan hati.

Sombong dengan ilmu tidak akan menjadikan anda seorang manusia yang hebat dan keberkatan itu sukar diperoleh.

Kesimpulan

Ilmu seharusnya menjadikan manusia lebih dekat dengan tuhan dan lebih faham akan aturan dunia. Ilmu yang baik akan menjaga manusia tersebut dan menjadikannya menjadi seseorang yang lebih maju ke hadapan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami