Selain daripada kita menginginkan anak-anak kita bijak pandai dalam akademik, pasti setiap ibu bapa juga inginkan anak-anak mereka untuk bijak dalam beragama agar mampu menjadi generasi soleh dan solehah.
Dalam Islam, kita diajar untuk mendidik anak-anak dengan didikan yang baik mengikut syariat dan aturan yang diajar.
Antara cara mudah untuk mengajar anak-anak adalah dengan memulakan mengajar sunnah mudah kepada mereka.
Antara perkara yang boleh dilatih pada usia awal mereka adalah:
#1 – Mengajar doa-doa ringkas terhadap rutin mereka seperti doa makan dan doa tidur
#2 – Tunjukkan kepada mereka mengenai ibadah wajib agar mereka dapat belajar melalui teladan seperti solat di hadapan mereka
#3 – Kenalkan mereka dengan makanan sunnah seperti kurma agar mereka terbiasa dengan makanan tersebut yang merupakan kegemaran Baginda SAW
#4 – Biasakan mereka dengan kisah-kisah dan sirah yang berlaku agar mereka tahu sedikit sebanyak tentang nilai-nilai murni
Mengapa amalan sunnah ini perlu dilatih? Hal ini kerana, ia adalah permulaan kepada asas agama yang mudah agar anak-anak dididik dan terbiasa dengan Islam.
Jadi, bagaimana cara anda mendidik anak-anak anda dengan amalan sunnah?
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.