Keluarga

7 Tips Mendidik Anak Anda Ketika Berada Di Masjid

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  15 May 2019  •  2 min baca

Ingatlah bahawa kanak-kanak walau di masjid sekalipun akan tetap menjadi kanak-kanak. Adalah mustahil untuk mereka berubah dengan serta-merta menjadi seperti orang dewasa.

mereka bersemangat, mereka impalsif, mereka perlu bergerak, mereka belum boleh mengawal diri. Ruang yang luas dan lapang sangat mengujakan bagi mereka.

Lapar, letih, mengantuk, panas, sejuk, dan bosan akan membuatkan mereka meragam.

Apabila membawa kanak-kanak ke masjid, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memerhati 7 tips ini:

#1- Menyediakan keperluan sewajarnya supaya mereka tidak lapar dan dahaga.

#2- Memastikan keselesaannya supaya mereka mempunyai ruang dan tidak kebosanan.

#3- Memberi bimbingan kepadanya terlebih dahulu dan dari masa ke semasa supaya mereka tahu adab di masjid.

#4- Mengajak dan memberi galakan untuk mereka mengikuti imam supaya mereka dilatih untuk bersolat.

#5- Memberi pujian apabila mereka berkelakuan elok supaya mereka bersemangat untuk terus menjadi baik.

Bahkan ibu bapa juga boleh memberikan ganjaran hadiah jika mereka mengikut tertib.

#6- Memberi peringatan jika mereka melakukan kesilapan supaya mereka memperbetulkan kesilapannya.

#7- Menegah jika mereka keterlaluan supaya mereka tahu mereka sudah melampaui batas.

Andai dibiarkan, mereka tidak akan tahu bagaimana untuk menghormati masjid dan makmum yang lain. Andai diherdik, mereka tidak akan suka untuk datang ke masjid lagi.

Latihlah anak untuk ke masjid dari masa ke semasa supaya mereka menjadi biasa. Kebiasaan menjadikan anak lebih tertib dan tenang.

Kanak-kanak akan tetap menjadi kanak-kanak walau di mana sekalipun. Orang dewasa perlu bersikap seperti orang dewasa dalam menguruskan kanak-kanak.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami