Gaya Hidup

7 Langkah Bijak Uruskan Kewangan Walaupun Gaji Hanya ‘Cukup Makan’

Oleh Nazurah Hassan  •  13 Feb 2016  •  3 min baca

“Aduh… Setiap bulan gaji mesti tinggal ‘cukup makan’ aja… Hujung bulan pun nyawa-nyawa ikan!”

Adakah situasi ini sinonim dengan anda? Jika ya, mungkin anda perlu membuat sesuatu dengan aliran kewangan bulanan anda. Percayalah, walau sekecil mana pendapatan anda, pengurusan belanja yang baik lazimnya dapat menyelamatkan anda!

Ikuti 7 langkah bijak menguruskan kewangan bulanan anda:

1. Hapuskan Hutang Dan Tanggungan Terlebih Dahulu

Bahagian ini perlu dilangsaikan secepat mungkin! Jika tidak, anda akan merasa yang duit gaji anda masih banyak. Jika gaji anda tinggal sangat sedikit selepas melangsaikan sewa rumah, ‘loan’ kereta, bil, dan utiliti, mungkin sesuatu perlu dilakukan untuk ‘downgrade’ cara hidup anda.

Antara contoh yang realistik ialah mencari teman sebilik untuk berkongsi sewa, ataupun bertukar kepada kenderaan yang lebih jimat seperti motosikal dan kenderaan awam.

2. Disiplin Dalam Merancang Belanja Harian

Senarai barang adalah perkara yang perlu dibuat setiap kali sebelum keluar ke kedai atau pasaraya. Pastikan anda hanya membeli benda yang terdapat dalam senarai.

Selain itu, elakkan untuk ke kedai terlalu kerap kerana anda akan cenderung membeli barangan yang tidak perlu seperti snek dan minuman ringan.

3. Beli Barang Keperluan Secara Borong

Walaupun anda masih bujang, tidak bererti anda tidak boleh membeli barangan secara borong. Sasarkan benda yang tidak cepat rosak dan selalu dipakai. Contohnya, sabun pencuci baju, tisu tandas, dan makanan mentah yang dipek seperti susu, mi segera, snek, dan gula.

Seperkara lagi, anda boleh berpakat dengan rakan untuk membeli bersama supaya anda berdua mendapat harga yang lebih murah. Kalau pandai mengambil peluang, anda boleh juga menjalankan bisnes sambil membeli untuk diri sendiri!

4. Letak Duit Simpanan Dalam Balang (Yang Boleh Dilihat)

Eh, kenapa tak simpan dalam bank? Sebenarnya, teknik ini ada manfaatnya yang tersendiri. Apabila kita nampak wang yang diletak dalam balang tersebut, kita akan rasa lebih bersemangat untuk menambah tabungan.

Sebaliknya, apabila anda menggunakan wang tersebut, anda akan dapat ‘menyedari’ betapa cepatnya wang tersebut lesap! Jika disimpan di dalam bank, selalunya kita tidak perasan aliran wang yang keluar setiap hari. Walau apa pun, hati-hati menyimpan wang di rumah ya!

5. Bawa Bekal Ke Pejabat

Makan tengahari sebenarnya boleh meng’hangus’kan duit anda begitu sahaja. Apabila makan di luar, kita cenderung untuk membeli minuman manis serta kuih-muih yang bukan saja tidak menyihatkan, malah membazirkan wang.

Kalau makan seorang di pejabat bosan juga. Jadi, tidak ada salahnya untuk anda bergilir-gilir pada awalnya. Perlahan-lahan, cubalah ajak rakan-rakan membawa bekal ke pejabat supaya anda semua dapat berjimat!

6. Manfaatkan Teknologi

Apa gunanya aplikasi Whatsapp, Skype, Facebook, dan Telegram jika tidak digunakan sepenuhnya? Kurangkan perbelanjaan telefon anda dengan memanfaatkan teknologi tersebut.

Dengan teknologi, anda dapat membuat ‘survey’ melalui forum atau membandingkan harga sesuatu barangan tanpa perlu meninggalkan rumah. Teknologi turut memberi peluang tanpa batasan kepada semua pengguna membuat jual beli secara ‘online’. Walaubagaimanapun, pastikan anda tidak terlibat dengan sebarang transaksi yang mencurigakan.

7. Amalkan Sedekah

Secara logiknya, kita mesti akan nampak tanda negatif apabila kita ‘mengeluarkan’ wang untuk apa-apa tujuan. Tetapi, anggaplah sedekah ini sebagai suatu bentuk ‘pelaburan’ yang akan menggandakan simpanan anda. Mulakanlah sedikit demi sedikit. Yang pasti, akan dapat merasa keberkatan harta kerana ia adalah sesuatu yang telah dijanjikan oleh Allah.

Jangan berlengah lagi, yang penting perlu sentiasa disiplin dan berterusan. Cuba ‘reset’ semula aliran kewangan anda supaya matlamat menyimpan setiap bulan akan tercapai!

*Sukakan artikel di atas? Jemput juga abca artikel pengurusan kewangan peribadi ini yang ditulis oleh iLabur.% tips menarik dari pakar.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Nazurah Hassan

Nazurah Hassan

Saya seorang surirumah dan penulis topik kekeluargaan. Sedang merantau dan kini menetap di Sarawak.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami