Gaya Hidup

7 Ciri Orang Yang Dicintai Allah

Oleh Fizah Lee  •  13 Jan 2021  •  3 min baca

Apabila menyebut mengenai cinta, pasti ramai yang mempunyai pandangan dan pengalamannya yang tersendiri. Ada yang sudah serik dengan cinta, ada yang masih dilamun cinta dan ada juga yang sedang mencari cinta.

Ia juga tidak mencakup cinta sesama pasangan kekasih sahaja, bahkan konsepnya lebih meluas dari itu seperti cinta ibu kepada anak-anaknya, cinta manusia kepada alam dan juga cinta hamba kepada Allah.

Cinta yang paling agung dan hakiki adalah cinta manusia kepada Allah kerana ia adalah cinta yang merangkumi semua aspek.

Imam Ghazali menerangkan bahawa ada dua bentuk cinta terulung yang wujud, iaitu cinta manusia kepada Allah dan juga cinta Allah kepada manusia.

Apabila manusia mencintai Allah, mereka akan melakukan perkara yang terbaik untuk meraih reda Allah. Manakala, salah satu bukti Allah mencintai manusia adalah apabila Allah memberikan nikmat yang tidak terkira kepada hambaNya.

Cinta Allah SWT

Cinta kepada Allah SWT ialah mengenali dan merasa takut kepadaNya, hati juga akan merasa sibuk dengan ingatan terhadap Allah sekali gus menjadikan diri sentiasa berusaha menepati perintah dan menjauhi larangan Allah untuk meraih redaNya.

Mafhum: “Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah, 2:165)

Namun, bagaimana untuk menjadi salah seorang hamba yang dicintai Allah SWT?

Terdapat beberapa dalil di dalam Al-Quran yang menyebut mengenai ciri-ciri orang yang dicintai Allah, antaranya;

#1 – Orang Yang Bertaubat

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al-Baqarah, 2:222)

#2 – Orang Yang Bertakwa

 فَإِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

Mafhum: “Maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Imran, 3:76)

#3 – Orang Yang Sabar

وَاللَّـهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ 

Mafhum: “Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Imran, 3:146)

#4 – Orang Yang Adil

وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mafhum: “Dan jika engkau menghukum, maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Maidah, 5:42)

#5 – Yang Beramal Soleh

الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ وَاللَّـهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Mafhum: “Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik.” (Surah Al-Imran, 3:134)

#7 – Berjihad Di Jalan Allah

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Mafhum: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Saff, 61:4)

Kesimpulan

Cinta adalah sebuah perkara yang boleh membentuk keperibadian manusia. Hal ini kerana manusia cenderung melakukan apa sahaja terhadap perkara yang dicintai.

Sebab itu kata-kata nasihat menyebut, apabila mencintai, maka cintalah dengan sepenuh hati tetapi jangan sehingga membutakan mata anda.

Namun, cinta manusia kepada Allah adalah salah satu perkara yang tiada tandingnya. Justeru, belajarlah mencintai Allah untuk meraih keberkatan dunia.

Wallahu a’alam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami