Eksklusif, Tokoh

#60 – Syeikh Hammad Al-Ansari, Tokoh Ulung Dalam Ilmu Hadis

Oleh Fizah Lee  •  22 Nov 2020  •  3 min baca

Apabila kita mempelajari ilmu hadis, pasti kita melihat ramai nama tokoh besar dan ilmuwan dalam bidang ini. Untuk mengumpul dan memastikan hadis itu sahih atau tidak bukanlah satu tugas yang mudah.

Jadi, entri kali ini akan membawakan seorang tokoh hebat dalam bidang hadis untuk dikenali.

Beliau adalah Syeikh Hammad Al-Ansari atau nama sebenarnya Hammad bin Muhammad Al-Ansari Al-Khazraji Al-Sa’di.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1343 hijrah di Taad Makkah, Mali, Afrika Timur.

Kegigihannya untuk menuntut ilmu sangat hebat kerana beliau telah sanggup berhijrah dari negerinya ke Mekah semata-mata mencari ilmu dengan guru yang hebat.

Antara tokoh besar yang telah menjadi gurunya ialah Syeikh Muhammad ‘Abdur-Razzaaq Hamzah yang mengajarkan Tafsir Ibnu Katsir, Syeikh Abu Muhammad ‘Abdul Haqq al-Amree al-Haashimee al-Hindee yang mengajarkan Sahih Imam Bukhari serta Syeikh Hasan Al-Mashaat yang mengajarkan Sunan At-Tirmizi.

Sebenarnya, sebelum itu lagi beliau telah menuntut ilmu dengan bapa saudaranya yang amat luas bidang pengetahuannya. Bapa saudaranya ialah Syeikh Al-Muqri, Muhammad ibnu Ahmad telah mengajarkan bidang ilmu Al-Quran dan hadis kepadanya.

Bahkan, ketika beliau berusia 8 tahun, beliau telah berjaya menghadal Al-Quran dan hadis. Tidak terhenti di situ, apabila meningkat umur remaja, iaitu ketika 15 tahun, beliau telah menguasai bidang ilmu nahu dan sorof (cabang ilmu bahasa Arab).

Sifat Cintanya Kepada Ilmu

Disebabkan beliau amat mencintai ilmu, tidak cukup dengan usahanya mencari ilmu di kota Mekah, beliau telah berpindah pula ke Madinah untuk menguasai bidang hadis.

Masa beliau pula banyak dihabiskan dengan mengulang kaji dan menghafal hadis-hadis yang ada.

Bukan itu sahaja, beliau telah menjadi tempat rujukan kebanyakan ulama dan para penuntut ilmu yang lain.

Apabila kita berbicara tentang orang yang mencintai ilmu, pasti kita tahu tempat kegemarannya merupakan perpustakaan.

Begitu juga dengan Syeikh Hammad Al-Ansari yang banyak menghabiskan masanya di perpustakaan kerana baginya ia adalah salah satu lubuk ilmu yang perlu diterokai.

Di sinilah beliau telah berjaya membukukan beberapa buah kitab berkaitan hadis. Dikatakan, terdapat lebih daripada tiga ribu jilid buku yang majoritinya adalah dalam bidang hadis yang telah berjaya dirangkuminya.

Antara karya beliau yang sering menjadi rujukan sehingga kini ialah Abu al-Hasan al-Asy’ari wa Aqidatuhu (akidah) dan al-Ajwibah al-Wafiyah’an Asilah al-Alfiyah (menghimpunkan fatwa mengenai fikh).

Beliau telah meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 1418 hijrah dan telah disolatkan di Masjid Nabawi Al-Syarif oleh Syeikh Abdul Bari.

Antara wasiat beliau yang sering diingati sehingga kini dan wajar disemat oleh para penuntut ilmu sekalian ialah;

“Aku bukanlah seorang mufti tetapi aku hanyalah seorang hamba kepada penuntut ilmu.”

Rujukan:
Kajian Peringkat Pemikiran Imam Al-Ash’ari dalam Akidah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami