Eksklusif, Kesihatan

#59 – Tips Yang Boleh Dilakukan Untuk Pencegahan Diabetis

Oleh Fizah Lee  •  20 Nov 2020  •  2 min baca

Diabetis atau penyakit kencing manis merupakan salah satu penyakit yang sangat berbahaya dan kerap dialami oleh rakyat Malaysia.

Menurut laporan daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menyebut bahawa, seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9 juta orang berumur 18 tahun ke atas di Malaysia yang menghidap diabetis.

Laporan tambahan juga menunjukkan bahawa 49 peratus daripada penghidap diabetis di Malaysia tidak pernah diperiksa atau didiagnosis menghidap penyakit ini.

Laporan inilah yang membimbangkan semua kerana ia menunjukkan bahawa rakyat kita kurang cakna dan mengabaikan langkah pencegahan.

Sebenarnya diabetis berlaku di mana keadaan paras glukosa (gula) adalah tinggi dalam darah disebabkan kurang insulin.

Fungsi insulin adalah untuk mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos darah ke dalam sel.

Apabila diabetis berlaku, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Antara masalah yang boleh timbul ialah boleh menyebabkan kegagalan ginjal, serangan jantung, serangan angin ahmar dan tekanan darah tinggi.

Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Ada beberapa tips yang telah dikongsikan oleh pakar kesihatan, iaitu;

#1 – Makan makanan yang sihat – Elakkan makan makanan yang manis dan mempunyai lemak tepu.

#2 – Kawal diet dengan pemakanan yang seimbang – Perbanyakkan makan sayuran dan buahan untuk memberi kesimbangan kepada badan.

#3 – Banyakkan minum air kosong – Kawal minuman yang manis dan tukar ia dengan air kosong. Jadikan ia sebagai rutin, terutamanya sebelum dan selepas bangun dari tidur.

#4 – Perbanyakkan aktiviti fizikal – Ambil masa untuk bersenam dan melakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti berjalan kaki atau mengemas rumah.

#5 – Capai berat badan yang ideal – capai Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang ideal dan jadikan ia sebagai kayu ukur untuk kesihatan anda.

Lakukan aktiviti yang terbaik untuk dijadikan langkah menjaga kesihatan tubuh badan anda. Tips ini bukan sekadar untuk membantu pencegahan kencing manis, namun juga penyakit-penyakit lain.

Ayuh kekal sihat untuk menuju 2021.

#Menuju2021
#PE1H

Sumber:
World Health Organization


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami