Eksklusif, Inspirasi

#57 – Beranilah Dengan Kehidupan Anda & Peroleh 4 Manfaat Ini

Oleh Fizah Lee  •  18 Nov 2020  •  3 min baca

Jika ditanya pada diri anda, adakah anda seorang yang berani atau tidak? Pasti sukar untuk menjawab persoalan ini, bukan?

Pertama, anda perlu melihat berani bagaimana yang disebutkan? Adakah berani dalam lantangnya bersuara atau berani mengambil risiko seperti mana ciri-ciri usahawan yang ada atau berani menonton cerita seram?

Nah, banyak pula jenis berani yang dikategorikan. Namun, entri kali ini bukan untuk memfokuskan kepada berani terhadap perkara seram, tetapi untuk melihat akan berani atau tidak anda dengan kehidupan ini. Dalam erti kata lain juga, adakah anda seorang yang berani menempuh cabaran dalam hidup?

Tidak semua orang diberi keberanian. Ada yang selesa dengan zon mereka sendiri sehingga sudah tidak mahu berganjak keluar dari situasi tersebut. Namun, lambat-laun, akan ada satu masa di mana anda perlu buat keputusan untuk melangkah ke perkara baru.

Inilah masanya untuk menguji keberanian anda. Hal ini kerana, walaupun anda memiliki semangat dan motivasi dari orang sekeliling yang mendorong keadaan itu, namun pada akhirnya fikiran anda sendiri yang akan menentukan perkara tersebut; mampu atau tidak, bergantung kepada anda.

Sebenarnya, perkara ini pada permulaannya kelihatan besar seolah-olah ia telah memakan ruang di dalam kepala anda, namun lambat-laun ia akan berada dalam kotak minda anda dalam keadaan terkawal.

Disebabkan itu, keberanian itu perlu hadir dalam diri anda sendiri agar langkah yang diambil itu dapat diatur dengan penuh terkawal.

Antara manfaat lain yang dapat dirasai ialah:

#1 – Ia boleh membawa perubahan ke dalam hidup anda – Walau sekecil apa pun risiko atau perubahan yang diambil, ia pasti akan memberi kesan kepada kehidupan anda.

Sama ada hasilnya itu akan membawa kepada kejayaan mahupun kegagalan, namun yang paling penting adalah prosesnya kerana ia adalah salah satu pengalaman yang perlu ditempuh.

#2 – Menjadikan hidup anda lebih berkualiti – Apabila anda berani mengatur langkah, ia bermakna anda telah berani menuju satu tapak ke hadapan.

Langkah yang diambil itu juga membawa anda kepada kehidupan yang lebih berkualiti.

#3 – Dapat mengenal kemampuan diri dengan lebih baik – Dengan kesusahan dan kepayahan di peringkat awal, pastinya anda akan dapat mengenali diri anda dengan lebih baik lagi.

Kadang-kadang, kita cuma mampu mencintai diri kita apabila kita berjaya bertahan di saat-sata lemah. Begitu juga dengan mengetahui diri sendiri.

#4 – Pengalaman untuk masa akan datang – Setiap proses yang anda lalui pastinya berguna bukan sahaja untuk hari ini bahkan untuk masa-masa yang akan datang.

Justeru, jangan takut untuk mengambil risiko atau keluar dari zon selesa anda sekarang kerana setiap langkah yang diatur pastinya memberikan seribu satu pengalaman baru buat anda.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami