Eksklusif, Kesihatan

#54 – 7 Tips Mudah Penjagaan Kesihatan Mata

Oleh Fizah Lee  •  16 Nov 2020  •  3 min baca

Kita berada pada abad di mana gajet dan komputer merupakan perkara utama yang akan ditatap setiap hari. Sama ada ia adalah disebabkan pekerjaan mahupun urusan peribadi, skrin sudah menjadi perkara penting dalam kehidupan kita.

Ditambah lagi apabila kita dilanda pandemik COVID-19 yang membuatkan aktiviti secara atas talian adalah aktiviti rutin dan kebiasaan yang tidak dapat ditinggalkan.

Pelajar dan mahasiswa yang menjalani kelas secara atas talian, pekerja dan majikan yang lebih banyak di hadapan laptop kerana perlu bekerja dari rumah dan juga anak-anak kecil yang perlu beradaptasi dengan situasi ini untuk menjadikannya tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Perkara ini adalah norma baharu yang perlu disesuaikan. Namun, tatapan skrin ini sebenarnya perlu dikawal untuk mengelakkan berlakunya masalah kepada mata anda.

Menurut Pakar Perunding Oftalmologi, Dr Azura Ramlee berkata, peningkatan bilangan kanak-kanak mengalami rabu jauh adalah isu yang perlu ditangani. Ia berlaku kerana anak-anak yang kerap menggunakan gajet tanpa terkawal.

Dalam satu kajian yang telah dilakukan pada 2005, kadar rabun kanak-kanak yang berusia tujuh tahun adalah sebanyak 9.8 peratus, manakala yang berusia 15 tahun pula adalah 34.4 peratus.

Bayangkan, kajian ini telah dilakukan pada tahun 2005. Bagaimana pula dengan sekarang di mana perkembangan teknologi yang semakin pesat serta ‘mewajibkan’ setiap dari kita untuk berurusan dengannya?

Justeru, kesihatan mata hendaklah dijaga kerana ia adalah organ yang terpenting untuk dapat menikmati penglihatan yang baik.

Antara tips penting untuk menjaga mata adalah:

#1 – Amalkan senaman untuk mata – Gerakkan mata anda ke kanan semaksima mungkin. Kemudian berhenti sejenak dan ulang ia ke sebelah kiri pula. Seterusnya, lakukannya ke atas dan juga ke bawah. Ulang proses ini beberapa kali.

#2 – Lihat objek berwarna hijau – Setelah 1 hingga 2 jam berada di hadapan komputer, rehatkan mata anda sejenak dengan melihat objek berwarna hijau. Ini kerana, warna hijau boleh menenangkan dan merehatkan mata anda.

#3 – Gunakan komputer pada paras yang betul – Pastikan kedudukan komputer sama paras dengan mata dalam keadaan horizontal dan 30 cm dari mata

#4 – Kawal pencahayaan gajet

#5 – Dapatkan tidur yang cukup – Kurang tidur boleh menyebabkan mata kelihatan lesu, tidak bermaya dan sembab. Oleh itu, dapatkan tidur yang cukup sehingga 6 ke 8 jam sehari.

#6 – Jaga pemakanan – Amalkan makan makanan yang seimbang dan mengandungi banyak buahan serta sayuran.

Sayuran yang mengandungi banyak vitamin A seperti lobak, ubi keledek dan tomato juga baik kerana ia mengandungi retinol. Retinol berfungsi untuk membina pigmen yang lebih baik untuk penglihatan pada waktu malam.

#7 – Beri terapi pada mata anda – Sekali sekala, rehatkan mata anda dengan metelakkan hirisan timun di atas kelopak mata tersebut. Hirisan timun yang sejuk boleh membantu menghilangkan keletihan.

Selain itu, ia juga boleh digantikan dengan uncang teh atau ketulan ais yang boleh membantu menghilangkan mengantuk.

Mata bukan sahaja bertindak sebagai penglihatan kepada anda, namun juga sebagai daya penarik bagi setiap individu.

Justeru, jagalah ia dengan baik agar dapat dipakai dengan lebih lama.

#Menuju2021
#PE1H


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami