Ibadah

5 Pengajaran Dari Surah Yusuf Mampu Membantu Kita Hidup Lebih Baik

Oleh Natirah Azira  •  8 Oct 2018  •  3 min baca

Surah Yusuf adalah surah yang kedua belas dalam Al-Quran dan mempunyai 111 ayat. Surah Yusuf adalah surah yang berbentuk naratif iaitu penceritaan yang sarat dengan pengajaran.

#1- Iri Hati Dapat Memutuskan Silaturahim

(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.”Surah Yusuf 12:8

Dalam surah ini, saudara-saudara Yusuf merasakan bahawa ayahnya menyayangi Nabi Yusuf melebihi mereka sedangkan mereka merasakan bahawa mereka adalah anak-anak yang berjasa dan berguna.

Nabi Yaqub sebenarnya tahu perasaan iri hati yang mula menguasai jiwa anak-anaknya, kerana itulah Nabi Yaqub melarang Nabi Yusuf dari memberitahu tentang mimpi yang dialaminya. Dari perasaan iri hati itu, akhirnya mereka sanggup menganiaya saudara mereka sendiri.

#2- Sabar dan Percaya Dengan Perancangan Allah

“…dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf: “Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” Surah Yusuf 12:100

Hidup Nabi Yusuf seringkali ditimpa kesukaran demi kesukaran. Dibuang ke dalam perigi, dijual sebagai hamba di Mesir, difitnah dan dimasukkan ke dalam penjara tanpa alasan yang kukuh. Namun Nabi Yusuf tetap tenang dan mempercayai perancangan Allah ke atasnya.

#3- Nabi Yusuf memilih Allah Mengatasi Segala Hal Dunia

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya”Surah Yusuf 12:33

#4- Memaafkan

“Yusuf berkata: “Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani”Surah Yusuf 12: 92

Ketika Nabi Yusuf menjadi orang yang berkuasa dan mempunyai pangkat dalam Kerajaan Mesir, baginda masih merendah diri dan akhirnya memaafkan saudara-saudaranya sekalipun mereka pernah menganiaya dirinya.

#5- Selamatkan Diri Dari Dosa

“Dan perempuan yang Nabi Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya”Surah Yusuf 12: 23

Nabi Yusuf terkenal dengan paras wajah yang tampan sehingga menarik minat isteri kepada Al-Aziz, namun baginda tetap menjauhkan diri dari ajakan dan godaan wanita tersebut. Baginda taat kepada Allah dan tidak sesekali ingkar.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami