Oleh Natirah Azira • 15 Dec 2018 • 3 min baca
Apabila bercakap tentang tahun baru, kita tidak dapat lari daripada bercakap tentang keinginan, semangat dan azam, tidak kira lah tahun baru dalam Islam atau tahun biasa. Ya, azam memang tidak perlu tunggu tahun baru. Tapi tahun baru tetap tarikh bermakna yang tidak selalu tiba.
Dalam artikel kali ini, saya akan berkongsi tentang lima perkara yang patut kita tinggalkan apabila memasuki tahun baru.
Kita lihat kehidupan orang lain dan kita rasa kagum. Perlahan-lahan rasa kesal mula terbit di hati apabila melihat perkembangan diri sendiri.
Selalunya kita akan melihat yang baik-baik sahaja dalam kehidupan orang lain, dan memandang yang buruk dalam kehidupan sendiri. Membandingkan diri dengan orang lain tidak akan membawa kita ke mana jika kita tidak mula bertindak untuk melakukan perubahan. Perubahan yang dilakukan pula bukan untuk mengatasi orang lain tetapi untuk mengatasi diri kita yang semalam.
“Ni dah tahun baru kot”
Kata-kata seumpama itu yang selalu disebut di media sosial apabila ada yang masih dengan cara fikir negatif dan lama. Kata Buya Hamka, peluang tidak datang apabila kita telah bersedia. Ia datang pada waktu yang tak terjangka, dan kita harus bijak dan cepat membuat pilihan.
Peluang hanya akan menatijahkan dua perkara. Pertama, jika hasilnya menggembirakan, kita akan merasai satu lagi nikmat pemberian Tuhan dalam hidup. Kedua, jika hasilnya tidak seperti yang kita inginkan, kita akan memperoleh pengalaman dan kematangan.
Ada banyak perkara yang akan menggangu produktiviti kita dalam kehidupan seharian, dan teknologi merupakan salah satunya. Dalam artikel yang lalu saya ada berkongsi tentang kesan buruk jika terlalu lama menggunakan media sosial. Stres akan meningkat dan proses berfikir secara kreatif tidak berjalan dengan baik.
Jadikan tahun baru ini sebagai tahun di mana kita lebih bijak menguruskan masa dengan media sosial.
Tugas dan kerja yang perlu kita lakukan bukanlah gunung yang tidak dapat diangkat atau dialihkan. Ia menjadi besar dan terasa berat apabila kita menumpukan kepada halangan dan kesukaran yang ada. Pecahkan tugasan tersebut kepada bahagian yang lebih kecil. Usah berfikir terlalu lama, mulakan sahaja!
Tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan dalam hidup. Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Jika kita boleh memaafkan orang apabila mereka melakukan kesilapan yang sama, mengapa tidak kepada diri sendiri.
Kita akan hidup dengan diri sendiri lebih lama daripada kita hidup dengan orang lain. Bergembiralah dengan kehidupan sekarang, usah lagi hidup di masa lampau.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.