Gaya Hidup

4 Tips Mudah Melembutkan Hati

Oleh Fizah Lee  •  17 Dec 2020  •  2 min baca

Hati itu sifatnya berbolak balik. Ada masa ia berada di tahap yang paling gembira dan ada masanya pula hati manusia boleh dirudung duka.

Tidak mengejutkan jika perubahan itu boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja. Bahkan, bukan sahaja berkenaan dengan perasaan, tetapi juga iman manusia. Sekejap naik dan sekejap turun.

Hati adalah tempat tersimpannya perasaan yang perlu dijaga dengan baik. Ia tempat tersemat seribu satu perkara. Disebabkan itu, kita perlu menjaga hati dengan baik.

Jangan tunggu hati keras atau biarkan ia mati kerana tidak dijaga dengan baik. Ia perlu sentiasa disinari dengan cahaya keimanan agar sentiasa lembut dengan mudah menerima hidayah dariNya.

Jadi, bagaimana cara untuk melembutkan hati?

#1 – Membaca dan mentadabburi Al-Quran

وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Mafhum: “Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, 8:2)

#2 – Perbanyakkan berzikir dan mengingati Allah

 الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّـهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّـهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

Mafhum: “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar-Rad, 13:28)

#3 – Berkawan dan bergaul dengan insan yang boleh mengajak ke arah kebaikan

Dari Musa Al-Asy’ari RA, Nabi SAW bersabda – “Perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang peniup alat untuk menyalakan api. Adapun, penjual minyak wangi, mungkin dia akan memberikan hadiah kepadamu atau engkau membeli darinya atau engkau mendapat bau harum darinya. Sedangkan besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau mugnkin engkau akan mendapatkan bau yang buruk.” (HR Bukhari, no. 5534)

#4 – Berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بكَ مِنَ العَجْزِ والكَسَلِ، والجُبْنِ والهَرَمِ، وأَعُوذُ بكَ مِن فِتْنَةِ المَحْيا والمَماتِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, keburukan di waktu tua dan sifat kedekut. Dan aku juga berlindung kepadaMu dari seksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.” (HR Bukhari, no. 2823)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami