Remaja

3 Ciri Remaja Hebat

Oleh Natirah Azira  •  10 Dec 2018  •  3 min baca

Fasa kehidupan sebagai seorang remaja adalah suatu fasa yang mencabar. Ia fasa kita mula belajar lebih banyak tentang kehidupan. Kita belajar tentang erti persahabatan, tentang hubungan dengan guru-guru dan juga tentang kepentingan ilmu.

Untuk menjadi seorang remaja yang hebat, ia perlu bermula daripada perkara-perkara yang kecil. Berikut digariskan tiga perkara yang dapat memandu para remaja untuk menjadi remaja yang hebat.

#1- Memilih Sahabat Yang Baik

Rasulullah SAW bersabda,

المرء على دين خليله، فلينظر أحدكم من يخالل

“Seorang manusia akan mengikuti agama teman dekatnya, maka
hendaknya salah seorang darimu melihat siapa yang dijadikan teman dekatnya”

Kawan yang baik ialah kawan yang jernih akhlaknya, yang kuat
usaha dalam menuntut ilmu, dan juga yang ada di saat kita memerlukan sokongan. Seorang kawan yang baik, kebaikannya berjangkit kepada orang di sekelilingnya.

“Pilihlah rakan taulan yang baik kerana antara sifat mereka adalah orang yang menghiburmu ketika mana engkau sedih, membantumu ketika engkau susah, mengingatkanmu ketika mana engkau lalai dan mendoakanmu setelah engkau tiada kelak” – Dr. Zulkifi Mohamad Al-Bakri

#2- Memilih Sumber Bacaan Yang Bermanfaat

Membaca bukan suatu yang membosankan. Ia bosan jika bahan bacaan yang dipilih tidak mengajar kita sesuatu yang baru tentang kehidupan. Buku yang bagus ialah buku yang dapat membentuk karakter kita sebagai seorang remaja sekaligus meningkatkan pengetahuan tentang dunia luar.

Penulis yang berjaya menyihir dunia dengan buku Harry Potternya, J.K Rowling pernah berkata;

“Jika kamu tidak suka membaca, kamu sebenarnya
masih belum menjumpai buku yang benar-benar sesuai dengan diri kamu”

Membaca akan menjadikan kita seorang pemikir dan juga remaja yang luar biasa.

#3- Memanfaatkan Waktu Terluang Dengan Bijak

Tidak dinafikan, rutin persekolahan sememangnya padat. Ada yang mempunyai kelas hingga ke petang. Ada pula yang mengikuti kelas tambahan pada waktu malam. Bagi yang tinggal di asrama pula, pasti jadual telah diatur oleh pihak asrama.

Namun, usah memandang ringan dengan masa terluang yang ada sekalipun hanya lima minit.
Contohnya ketika sesi riadah pada waktu petang, sementara menunggu makan malam,
atau ketika menunggu perhimpunan bermula.

Manfaatkan waktu yang ada mengikut kesesuaian perkara yang boleh dilakukan. Contohnya ketika riadah, pastikan kita betul-betul bersenam atau bermain sehingga mengeluarkan peluh. Otak yang sihat bermula dari badan yang aktif.

Kita juga boleh amalkan membawa buku bermanfaat yang boleh dibaca di sekolah. Sementara menunggu perhimpunan bermula, kita boleh dahulu mengisi masa dengan membaca buku yang dibawa. Mudah kan?

Tanggungjawab untuk membentuk diri sendiri bukan hanya terletak diatas bahu ibu bapa. Walaupun ibu bapa masih menjadi tempat rujukan utama untuk kita berbincang apa-apa perkara, namun dalam masa yang sama, sebagai seorang remaja yang sudah boleh berfikir dengan matang, kita seharusnya mula belajar untuk memilih apa yang dirasakan bermanfaat dan bernilai untuk diri sendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami