Tidur pada waktu malam adalah masa berehat setelah kita seharian penat dihurung kesibukan. Ia adalah waktu untuk bertenang dan berehat untuk mendapatkan semula tenaga sebelum memulakan hari baru keesokan harinya.
Namun bagi seorang Muslim, tidur bukan hanya dianggap sebagai masa untuk berehat sahaja. Ia seharusnya diiringi dengan amalan-amalan tertentu bagi menjadikan kerehatan kita diberkati.
Justeru, ini 3 perkara yang boleh dilakukan sebelum tidur:
Maksudnya : “Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah : Ya Allah aku berserah diri padaMu. Aku serahkan urusanku padaMu. Aku berlindung kepadaMu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepadaMu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.” (Riwayat Al-Bukhari, no.6311)
Berwuduk adalah amalan ringkas namun besar manfaatnya, antaranya dihapuskan dosa serta dipelihara malaikat kerana seorang Muslim itu tidur dalam keadaan suci.
Daripada Abu Huraira RA bahawa Nabi SAW bersabda :
Maksudnya : “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.” (Riwayat Al-Bukhari, no.5009)
Surah lain yang disebutkan secara jelas dalam hadis yang boleh diamalkan sebelum tidur ialah Surah Al-Mulk.
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, ia berkata, “Barangsiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari seksa kubur…” (Ringkasan HR An-Nasai dalam Al-Kabir dan Al-Hakim, 6/179 – Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)
Atau anda juga ada pilihan lain, iaitu membaca Surah Al-Falaq, Surah Al-Ikhlas, dan Surah An-Nas yang biasa dikenali dengan nama 3 Qul.
Antara zikir yang paling mudah dibaca adalah menyebut kalimah Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah) dan Allahuakbar (Allah Maha Besar).
Berzikir adalah tanda seseorang itu mengingati Allah dan ingin merasa dekat dengan Allah.
Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa baginda bersabda: ”Sesungguhnya Allah berfirman, Aku akan bersama hambaKu sebagaimana dia mengingatiKu dan bibirnya sentiasa bergerak mengingatiKu.”
Jika dilihat sekarang, kita terlalu mudah diganggu dengan kemudahan teknologi dan media sosial sehingga menjadikan drama dan filem sebagai peneman sebelum tidur. Namun, kebiasaan ini boleh diubah. Akhirilah hari yang kita jalani dengan mengingati Allah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.