Gaya Hidup

7 Kualiti Yang Boleh Menjadikan Anda Menarik

Oleh Natirah Azira  •  2 Nov 2022  •  3 min baca

Setiap orang mempunyai karakter masing-masing yang dipengaruhi oleh genetik, cara dibesarkan dan pengalaman yang dilalui. Namun, begitu kualiti atau nilai yang ada pada seseorang manusia banyak yang boleh diusahakan sebenarnya. Kualiti inilah yang boleh menjadikan seseorang lebih unik dan menarik. Apakah kualiti tersebut? Mari baca lebih lanjut.

#1- Ada Rasa Ingin Tahu

Rasa ingin tahu yang timbul kepada apa-apa sahaja juga boleh menjadikan seseorang terlihat unik dan menarik. Rasa ingin tahu tidak sama dengan ‘busy body’. Rasa ingin tahu tumbuh daripada rasa ingin lebih memahami, tidak kira kepada perihal sains, situasi ekonomi atau politik. Seseorang yang ada kualiti ini tidak cepat bersangka, menyalahkan orang atau menghukum.

#2- Jujur

Sesetengah orang berpendapat tak perlu terlalu jujur dalam hidup. Tetapi kejujuran ialah satu kualiti yang turut ditekankan dalam agama. Orang yang jujur terlihat menarik kerana dapat mengelakkan sangkaan atau fitnah. Tapi awas, orang yang jujur juga biasanya memberi komen yang jujur dan konstruktif, tetapi bukan untuk merendahkan orang lain, tetapi ingin mereka lebih membangun.

#3- Sentiasa Dahagakan Ilmu Pengetahuan

Seseorang akan jadi lebih menarik apabila sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Mereka tidak mahu rasa selesa berada pada takuk lama. Ilmu pengetahuan yang bertambah akan menjadikan fikiran lebih terbuka dengan idea dan tidak ‘syok’ sendiri dengan apa yang sudah diketahui.

#4- Ada Matlamat Dalam Hidup

Matlamat dalam hidup tidak semestinya besar. Ia boleh semudah ingin mendapatkan rezeki yang berkat dan bermanfaat. Apabila matlamat sudah ada, maka usaha akan menurut, contohnya akan datang tepat masa, tidak mengular minum kopi atau merokok pada bukan waktu rehat dan lain-lain.

#5- Tidak Kerap Mengeluh Atau Merungut

Orang yang kerap mengeluh dan merungut kurang dilihat menarik bukan? Adakah anda suka kepada pasangan, kawan atau bos yang kuat merungut. Pasti tidak. Kredibiliti pasti jatuh jika anda seorang yang berpangkat ketua. Orang yang suka mengeluh biasanya lebih melihat cabaran berbanding peluang dalam hal-hal yang ditempuh.

Mengeluh dan merungut tidak sama dengan meluahkan emosi dan perasaan ya. Bezakan antaranya!

#6- Ego Bertempat

Adakah ego penting? Bagi saya ya. Ego penting pada tempatnya. Ego boleh membuatkan seseorang tidak cepat mengalah atau tergesa-gesa meminta bantuan apabila ada masalah yang perlu dibereskan. Dia akan berusaha dengan kemampuannya dahulu sebelum mengharapkan orang lain. Ada juga ego yang tidak bertempat seperti tidak mahu meminta maaf walaupun salah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.

#7- Rendah Hati

Orang yang rendah hati ialah lawan kepada orang yang bangga diri. Pernah dengar perumpamaan Melayu; ‘Bertelur sebiji riuh sekampung’? Ia memberi maksud orang yang membesar-besarkan kejayaan atas usaha yang tidak seberapa. Setiap orang yang dijumpai diceritakan pencapaian yang pernah dia dapat.

Berbeza dengan orang yang rendah diri yang tidak sombong, tidak suka membangga diri. Kata Buya Hamka, mereka ialah orang yang tahu diri iaitu tahu kemampuan dan keterbatasan diri.

Kualiti-kualiti ini dibentuk bukan untuk membuatkan orang suka kepada kita semata-mata, tetapi sebenarnya bagi memenuhi saranan daripada agama sendiri supaya kita menjadi insan yang mempunyai peribadi dan akhlak yang baik, yang sentiasa berusaha mencapai ‘ahsanu ‘amala’ , iaitu insan yang lebih baik amalnya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami