Oleh Natirah Azira • 28 Oct 2022 • 2 min baca
Ibadah dalam Islam ditegakkan dengan perintah Allah dan pesanan yang benar daripada Rasulullah SAW. Ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebab dan panduan yang jelas.
Seseorang tidak boleh tiba-tiba mewajibkan diri berpuasa sehari semalam atau solat lima rakaat. Begitu juga apabila kita menjadikan ganjaran dan hukuman sebagai motivasi untuk melakukan sesuatu amalan atau meninggalkan apa yang ditegah, ia mestilah bersandarkan pesanan yang benar oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Berkait dengan solat, ada satu hadis yang mungkin pernah didengar oleh sebahagian daripada kita, iaitu tentang hukuman meninggalkan setiap satu solat fardu.
Dikatakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
Maksudnya: “Meninggalkan satu kali solat Subuh, akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan dengan 60000 tahun di dunia. Meninggalkan satu kali solat Zuhur, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam. Meninggalkan satu kali solat Asar, dosanya sama dengan meruntuhkan Kaabah. Meninggalkan satu kali solat Maghrib, dosanya sama seperti berzina dengan orang tua. Meninggalkan satu kali solat Isya’ satu, tidak akan di redai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatNya.”
Tetapi malangnya, hadis yang disebutkan di atas rupa-rupanya ialah hadis palsu dan tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadis yang muktabar. Justeru, haram untuk menyebarkannya kecuali untuk menjelaskan kepalsuannya.
Meninggalkan solat Asar tidaklah seperti meruntuhkan Kaabah, tetapi dalam riwayat sahih yang lain disebutkan bahawa akibatnya amalan pada hari tersebut akan terhapus.
Berhati-hatilah daripada mana kita mengambil ilmu agama sebelum dijadikan panduan dan pegangan, kerana sebarang perkara dusta yang disandarkan kepada Rasulullah SAW, ia termasuk dalam kesilapan yang berat.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.