Apa perkara paling susah yang anda pernah belajar?
Saya mungkin akan jawab belajar subjek Fizik dan Matematik Tambahan waktu di bangku sekolah dahulu.
Susahnya bukan main (bagi saya). Perlu perah otak untuk faham segala jenis formula dengan simbol-simbol yang berselirat.
Tapi begitulah dalam proses pembelajaran, akan ada masanya kita jumpa benda-benda yang susah, sama ada yang susah untuk faham atau yang ambil lebih banyak masa untuk mahir.
Dalam masa sama juga kita boleh baca doa yang diajarkan Rasulullah SAW bila belajar suatu yang susah.
Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda:
(Allahumma la sahla, illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna idza shi’ta sahla)
“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki dengan kemudahan”
[Riwayat Ibn Hibban (974), Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (351) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (265)]
Dari doa ini kita faham bahawa Allah berkuasa menjadikan sesuatu itu mudah. Tidak ada perkara yang terlalu sudah dah mustahil bagi Allah. Kerana itu, doa perlu dipohon kepada Dia Yang Maha Memudahkan.
Doa seharusnya mengiringi kita dalam apa jua yang dibuat sehari-hari, agar kehidupan yang dilalui dipenuhi keberkatan dan ketenangan. InsyaAllah.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.