Inspirasi

5 Akibat ‘Meninggalkan’ Al-Quran

Oleh Natirah Azira  •  30 Aug 2022  •  2 min baca

Al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai petunjuk bagi manusia memahami tanggungjawab dirinya diciptakan di atas dunia. Dengan Al-Quran, manusia boleh menjumpai makna dan sebab mengapa dirinya bernyawa setiap hari. Dengan Al-Quran juga, kita tidak hilang arah apabila ujian hidup datang menimpa.

Kerana itu salah satu rukun iman ialah beriman dengan Rasul dan apa yang disampaikan oleh Rasul. Mereka menyampaikan kalimah-kalimah kebenaran daripada Allah SWT yang hari ini boleh dipegang, dilihat dan dibaca.

Tetapi ada juga ancaman kepada mereka yang ‘meninggalkan’ Al-Quran iaitu yang tidak percaya dan mengingkari apa yang telah diberitahu melalui Al-Quran.

#1- Kesesatan Yang Nyata (ضَلَالٍ مُّبِينٍ)

وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

“Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata” (Surah Ali-Imran, 3:164)

#2- Dada Yang Sempit (ضَيِّقًا حَرَجًا)

“…Nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al’An’am, 6:125)

#3- Kehidupan Yang Sempit (مَعِيشَةً ضَنكًا)

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Surah Taha, 20:124)

#4 – Hati Menjadi Keras (فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ)

“…setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka.” (Surah Al-Hadid, 57:16)

#5 – Lupa Melakukan Kebaikan Untuk Menyelamatkan Diri

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka.” (Surah Al-Hasyr, 59:19)

Al-Quran adalah panduan dan penyelamat. Al-Quran membawa kesembuhan kepada yang sakit, penerang bagi keadaan yang ‘gelap’, melapangkan yang sempit. Di akhirat kelak, Al-Quran akan menjadi hujah bagi umat yang beriman dengannya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami