Berita

Produk Fesyen Muslim Indonesia Wajib Berstatus Halal Menjelang 2026

Oleh Natirah Azira  •  22 Aug 2022  •  1 min baca

Perkembangan industri halal Indonesia mengorak langkah setapak lagi apabila dikhabarkan semua produk fesyen Muslim wajib mempunyai perakuan halal menjelang tahun 2026.

Kenyataan ini juga ditegaskan oleh pihak Kementerian Perdagangan Indonesia, Frida Adiati kepada para usahawan industri halal agar melengkapkan produk yang dikeluarkan dengan sijil halal termasuklah dalam arena fesyen Muslim.

Arahan ini bertepatan dengan Undang-undang Jaminan Produk Halal 2014 yang sudah sedia ada wujud.

Umum mengetahui bahawa status halal biasa diperuntukkan bagi pemprosesan makanan dan minuman, tetapi tidak dalam penghasilan pakaian. Walau bagaimanapun, bagi pengguna Muslim, sumber fabrik dan bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan pakaian juga perlu dititik beratkan.

Antara syarikat yang sudah mula memulakan usaha memastikan produk fesyennya seratus peratus halal seperti Hijup yang dilancarkan pada tahun 2011.

Menurut laporan Bank Negara Indonesia, rakyat Indonesia menghabiskan hampir 170 juta untuk produk halal melalui platform e-dagang pada tahun 2021, dan 90 peratus daripadanya adalah melibatkan fesyen Muslim.

Manakala saiz pasaran produk halal Indonesia pula mencapai 114 bilion menunjukkan ia berada dalam tahap yang memberangsangkan.

Sumber:

ttps://restofworld.org/2022/how-to-buy-a-hijab-in-jakarta/
https://www.beritasatu.com/ekonomi/930317/fashion-muslim-wajib-punya-sertifikat-halal-maksimal-2026


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami