Oleh Natirah Azira • 15 Aug 2022 • 2 min baca
Amalan nazar sudah biasa diamalkan dalam masyarakat Islam. Kebiasaannya jika ada apa-apa hajat yang terlalu diingini, seseorang akan bernazar untuk melakukan sesuatu perkara jika hajatnya dikabulkan oleh Allah.
Menurut istilah syarak, nazar bermaksud mewajibkan ke atas diri sendiri suatu perbuatan qurbah (mendekatkan diri sendiri kepada Allah), padahal pada asalnya perbuatan itu bukan suatu yang wajib.
Dalam bahasa mudah, bernazar adalah melakukan amalan ketaatan kepada Allah sebagai ‘balasan’ apabila mendapat suatu kebaikan atau terlepas daripada keburukan.
Contohnya, “Jika aku terlepas daripada masalah duit ini, aku akan sedekah RM1000 pada orang.”
Atau contoh lain; “Kalau aku dapat projek besar ni, aku akan taja orang pergi haji.”
Pada asalnya, sedekah dan menolong orang lain untuk pergi haji adalah perbuatan yang harus sahaja, tetapi kerana ia telah menjadi nazar, maka wajib ke atas orang yang bernazar untuk menunaikannya.
Dalam artikel yang lalu, kita mengetahui bahawa nazar mesti dilafazkan dan tidak boleh diniatkan dalam hati sahaja. Mungkin timbul persoalan lain, adakah nazar itu dikira sah jika tidak disebutkan nama Allah.
Para ulama menyenaraikan tiga rukun bagi nazar iaitu:
Menurut Syeikh Dr Muhammad Al-Zuhaili, jika seseorang itu telah menyebut “ke atas diriku perbuatan sekian-sekian”, maka ia telah sah walaupun tidak jelas disebut nama Allah. Hal itu kerana, perbuatan baik yang ingin dilakukan itu tidak berlaku melainkan hanya untuk Allah semata-mata.
Tetapi ayat nazar yang paling lengkap yang boleh disebut contohnya: ‘Sekiranya Allah menyembuhkan sakitku, maka untuk Allah ke atas diriku perbuatan sekian”. Disyaratkan juga untuk menyebut lafaz nazar dengan menunjukkan kesungguhan.
Secara kesimpulan, melakukan nazar bukanlah amalan yang digesa dalam agama Islam, tetapi jika sesuatu nazar telah dilakukan, maka wajib bagi orang yang bernazar untuk melakukannya sama ada cepat atau lambat.
Allah SWT berfirman:
Maksudnya : Dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka. (Surah Al-Hajj, 22:29)
Sumber:
Muhammad Fahmi Rusli. (2020). Al-Kafi #1554: Hukum Nazar Tanpa Menyebut Nama Allah. Mufti Wilayah Persekutuan.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.